Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

303 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم mempunyai karakter yang unggul bukan sahaja sebagai seorang Rasul tetapi juga sebagai pemimpin keluarga dan masyarakat. Baginda telah melaksanakan peranan dan amanah sebagai pemerintah dan pentadbir negara dari pelbagai aspek dengan penuh keadilan, kesamarataan, kebebasan dan ketelusan sehingga tercatat nama Baginda sebagai insan yang paling berjaya dalam pengurusan hal ehwal dunia dan akhirat. Baginda telah membawa ajaran agama Islam yang sederhana – tidak rigid, ekstrem, ketat, militan, keterlaluan dan bukan pula ekstrem liberal. Baginda amat dihormati sebagai seorang pemimpin sehingga dianggap sebagai seorang negarawan yang ulung. Malah ciri-ciri kepimpinan yang dimiliki Baginda telah diamalkan dalam dasar-dasar negara pada masa itu. Pemerintahan Dan Kepemimpinan Khulafa Ar-Rasyidin Khulafa Ar-Rasyidin bermaksud para pengganti Rasulullah صلى الله عليه وسلم iaitu pemerintah kerajaan Islam selepas kewafatan Baginda. Dengan mewarisi kerajaan Islam yang diasaskan oleh Rasulullah ,صلى الله عليه وسلم mereka mempunyai tanggungjawab dan peranan yang sangat besar untuk terus mengekalkan keadilan, kesamarataan, kebebasan dan ketelusan dalam pemerintahan dan kepimpinanan mereka sebagaimana yang telah dicapai oleh Rasulullah .صلى الله عليه وسلم Memandangkan para Khulafa Ar-Rasyidin sentiasa mendampingi Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم semasa hayat Baginda, mereka dapat memahami konsep dan falsafah pemerintahan Islam yang dianjurkan oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan dapat menghayati ajaran kepemimpinan Baginda dengan mudah. Para Khulafa Ar-Rasyidin terdiri daripada: 1. Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq ر ; ضي الله عنه 2. Saiyidina Umar bin Al-Khattab ;رضي الله عنه 3. Saiyidina Uthman bin ‘Affan ;رضي الله عنه dan 4. Saiyidina Ali bin Abi Talib .رضي الله عنه

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy