Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
302 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam kebebasan diberikan kepada semua kaum, Islam dan bukan Islam, termasuk juga Yahudi. Sistem ekonomi yang diamalkan oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم menekankan keadilan di mana pelbagai institusi ekonomi telah diwujudkan seperti institusi zakat, sedekah, Baitulmal, waqf, pusaka, kharaj dan lain-lain. Institusi-institusi ini berfungsi untuk memberi pembelaan dan bantuan yang sewajarnya kepada orang miskin disamping menjamin keselamatan hak orang kaya. Sistem ini menjamin keadilan dan memastikan agar kekayaan tidak dibolot oleh mana- mana ahli masyarakat. Selain daripada itu, sistem ekonomi yang dilaksanakan oleh Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم juga telah menghapuskan amalan riba 3 yang sebelum ini diguna pakai oleh orang Yahudi Madinah ke atas orang Arab. Dari aspek sosial pula, Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah menubuhkan pelbagai institusi sosial seperti institusi persaudaraan dan kekeluargaan (munakahat), institusi masjid, kejiranan dan lain-lain untuk mewujudkan kehidupan yang aman, makmur dan harmoni. Langkah pertama yang telah dilakukan oleh Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم adalah menjadikan masjid sebagai pusat segala urusan harian, seperti kegiatan sosial, ekonomi, pendidikan serta pentadbiran dan pemerintahan negara. Dengan itu, masjid bukan sahaja menjadi tempat untuk beribadat tetapi juga menjadi institusi yang mendokong keadilan, kesamarataan, kebebasan dan ketelusan. Di samping itu, Rasulullah صلى الله عليه وسلم juga mewujudkan beberapa jawatan bagi membantu Baginda dalam urusan pentadbiran negara. Antara jawatan yang diwujudkan adalah Na’ibin atau Nuwwab iaitu timbalan kepada Nabi Muhammad .صلى الله عليه وسلم Na’ibin atau Nuwwab berperanan untuk mengetuai pentadbiran negara ketika Rasulullah صلى الله عليه وسلم tiada di Madinah, sama ada untuk tujuan ketenteraan maupun dakwah. 3 Riba ialah penambahan nilai ke atas sesuatu pinjaman yang disyaratkan oleh pemberi pinjaman atau dijanjikan oleh penerima pinjaman
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy