Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

301 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam yang telah ditentukan di sisi syarak) , qisas (hukuman balas yang seimbang dengan kesalahan yang dilakukan) dan ta’zir (kadar hukuman yang sesuai ditentukan oleh pemimpin mengikut keperluan dan kemaslahatan), berteraskan keadilan dan kesaksamaan tanpa membezakan darjat, status sosial, ekonomi, bangsa dan sebagainya. Orang yang bersalah tetap didakwa dan dijatuhkan hukuman yang setimpal walaupun dia adalah golongan bangsawan atau sebaliknya. Sebagai contoh, apabila seorang wanita bangsawan Arab ditangkap kerana mencuri, beberapa orang sahabat meminta supaya wanita ini dikecualikan daripada hukuman yang disabitkan ke atasnya memandangkan status kedudukannya yang tinggi. Lalu Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya telah binasalah umat sebelum kamu kerana apabila golongan bangsawan melakukan kesalahan dia dibebaskan dan apabila golongan bawahan melakukan kesalahan maka dia dikenakan hukuman. Demi الله , kalau Fatimah sekalipun yang mencuri, tangannya akan dipotong.” (HR. Bukhari dan Muslim) Peristiwa ini menunjukkan bahawa keadilan Islam yang diamalkan oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم mementingkan keadilan sejagat dan sejati di mana proses perbicaraan dan hukuman dijalankan secara terbuka dan telus. Dengan cara ini, pihak plaintif diberikan hak untuk mengemukakan tuduhan dan pihak yang tertuduh diberikan hak untuk membela diri sebelum hukuman dijatuhkan berdasarkan bukti-bukti yang jelas daripada kedua-dua belah pihak. Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah menjadikan perpaduan sebagai dasar negara Madinah di mana perlindungan memberi kepada semua kaum tanpa mengira agama, bangsa maupun warna kulit. Keharmonian dan toleransi kaum yang dipraktikkan dengan sempurna oleh Baginda dan diteruskan pada zaman Khulafa Ar-Rasyidin termasuk di wilayah-wilayah Sham seperti Baitulmaqdis dan Andalusia. Di wilayah-wilayah tersebut, jaminan dasar perpaduan dan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy