Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

300 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Ciri-ciri kepimpinan tersebut termasuklah ciri-ciri kepimpinan Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang digariskan oleh Sheikh Dr Tawfique Chowdhury 2 , Pengerusi Eksekutif Mercy Mission World, untuk dicontohi supaya menjadi pemimpin yang berpengaruh (nombor 1 hingga 9). Dengan menampilkan ciri- ciri ini, mesej Al-Quran dan sunnah Rasulullah صلى الله عليه وسلم masih diterima untuk umat manusia sehingga hari ini walaupun baginda telah wafat lebih 1,400 tahun. Dalam membentuk kekuatan peribadi, Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم menjalani manhaj tarbiah (kaedah pendidikan/pengasuhan) rohani dengan mendirikan solat malam (qiamullail), berzikir dan membaca Al-Quran dengan tertib. Rasulullah صلى الله عليه وسلم juga mempamerkan sunnah yang merakamkan nilai-nilai yang baik dalam kehidupan seperti jujur, menjaga kehormatan diri, menepati janji dan menunaikan amanah untuk difahami, dihayati dan diamalkan sebagai nilai kehidupan. Dalam pemerintahannya, Rasulullah صلى الله عليه وسلم melaksanakan sistem pentadbiran secara syura iaitu secara perundingan dan mesyuarat dengan meminta pandangan sahabat-sahabat Baginda, khususnya dalam perkara- perkara yang tidak disentuh oleh mana-mana wahyu yang diturunkan kepada Baginda. Amalan syura juga dipraktikkan dalam peperangan di mana semasa menentukan kedudukan tentera Islam bagi menghadapi serangan musuh dalam peperangan Badar, Uhud dan Khandak, Baginda berbincang dengan para sahabat dan menerima pandangan mereka berhubung kedudukan yang paling baik bagi memposisikan tentera Islam. Ini menjadikan sistem pentadbiran Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم telus dan terbuka. Dalam aspek undang-undang, Rasulullah صلى الله عليه وسلم juga melaksanakan sepenuhnya sistem perundangan yang telah diperintahkan di dalam Al-Quran sama ada dalam aspek jenayah mahupun dalam aspek mal (sivil). Perundangan Islam terbahagi kepada tiga bahagian iaitu hudud ( hukuman 2 Sheikh Dr Tawfique Chowdhury dinobatkan oleh The Muslim 500 sebagai antara 500 muslim paling berpengaruh di dunia masa kini

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy