Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

299 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam 12. Mengutamakan Pencapaian dan Bersifat Rendah Hati Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersifat rendah hati dan terus berdakwah untuk mencapai matlamat merubah kaum Baginda menjadi lebih baik walaupun bapa saudara Baginda sendiri meminta Baginda untuk berhenti berdakwah atas desakan pemimpin Quraisy. 13. Sentiasa Mendahulukan Orang Lain Rasulullah صلى الله عليه وسلم sangat perihatin akan ummahnya. Baginda sentiasa mendahulukan tetamu, sahabat dan sanggup mengambil risiko untuk menyelamatkan Saiyidina Ali bin Abi Talib رضي الله عنه dengan membenarkan beliau berlindung di belakang Baginda ketika Perang Badar, sedangkan Baginda berada paling dekat dengan musuh. 14. Cepat Membuat Keputusan Rasulullah صلى الله عليه وسلم bijak dan cepat membuat keputusan berdasarkan sebahagian maklumat yang diperolehi. Misalnya, Baginda membuat keputusan dengan cepat setelah mendapat maklumat dari pengintip yang membuat intipan di tempat musuh sebelum Perang Badar. 15. Bersegera Apabila Rasulullah صلى الله عليه وسلم menerima wahyu daripada ,الله Baginda akan segera kongsikannya dengan keluarga dan pengikut Baginda. Baginda bersikap telus dan menyampaikan mesej tersebut dengan jelas. 16. Sentiasa Memberi Latihan Rasulullah صلى الله عليه وسلم sentiasa mengajar dan mendidik para sahabat seperti berkongsi maklumat dengan mereka dan membimbing mereka tanpa mengira masa.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy