Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

298 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam tahap ilmu paling rendah sehingga dianggap tamadun paling maju hari ini. 8. Kepahlawanan Rasulullah صلى الله عليه وسلم juga memiliki sifat kepahlawanan yang unggul dalam ekspedisi peperangan dan berupaya menggunakan kebijaksanaan Baginda demi menjamin keselamatan nyawa dan harta benda penduduk. Sebagai contoh, Baginda berjaya membuka semula kota Mekah tanpa pertumpahan darah. 9. Toleransi Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم telah mempamerkan tahap toleransi yang tinggi dalam menangani segala urusan. Selain daripada sedia memaafkan orang Quraisy, Baginda juga telah memperkenalkan etika perang dan mengamalkan prinsip syura dalam melaksanakan pemerintahan dan pentadbiran negara. 10. Sentiasa Bercakap Dengan Visi Rasulullah صلى الله عليه وسلم sentiasa bercakap dengan visi dan masa hadapan. Visi Baginda mempunyai hala tuju, tujuan dan motivasi yang sangat jelas, tanpa diperhambakan oleh dunia. Visi utama baginda adalah hari akhirat dan banyak legasi ditinggalkan sebelum wafat. 11. Bercakap Benar dan Tidak Hipokrit Rasululllah صلى الله عليه وسلم selalu bercakap benar sebelum menjadi nabi dan rasul. Baginda mempunyai nilai intergriti yang terbaik melalui akhlaknya dan memperbaiki diri dengan berpandukan Al-Quran dan sunnah – bukan hanya pandai bercakap sahaja tetapi tidak mengotakannya. Ini menjadikan Baginda orang yang dipercayai oleh kaum Quraisy di Mekah.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy