Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

297 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam selain memperkenalkan etika peperangan yang telah menarik hati kedua-dua pihak – kawan dan lawan. 6. Berakidah Nilai kepimpinan Nabi Muhammad صلى الله عل يه وسلم berteraskan akidah dan tauhid dengan menyeru manusia supaya beriman dan mematuhi syariat ke arah mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat. Dalam usaha menegakkan Islam, Rasulullah صلى الله عليه وسلم menanam semangat jihad dan keimananan yang membawa kejayaan di medan perang dengan mengalahkan musuh-musuh Islam. Oleh itu, Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم membina kekuatan orang Islam berlandaskan akidah, tauhid dan berpaksi kepada Al-Quran dan sunnah 1 . 7. Akal dan Ilmu Pengetahun Akal yang dikurniakan oleh الله mendorong manusia berfikir dan ilmu pengetahuan pula membantu manusia membuat keputusan dengan bijak. Kepimpinan Rasulullah صلى الله عليه وسلم adalah berdasarkan wahyu yang diterima. Ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh Nabi Muhammad صلى وسلم الله عليه membantu Baginda membuat keputusan yang bijak. Lanjutan daripada itu, Baginda membina masyarakat berilmu dengan menggerakkan revolusi pembudayaan ilmu pengetahuan. Tradisi keilmuan pascanubuwwah (zaman selepas kewafatan Nabi Muhammad صلى الله عليه وس لم ) ini diwarisi oleh Khulafa Ar-Rasyidin sehingga pemerintahan Bani Umayyah dan Abasiyyah sehingga meletakkan umat Islam di kemuncak ilmu pengetahuan dan mencipta sejarah ketamadunan yang tinggi melalui penguasaan ke atas Andalusia dan kecemerlangan saintis Islam di Timur yang berpusat di Baghdad. Kegemilangan tamadun Islam ini telah membantu tamadun Barat melalui proses pemindahan ilmu dan teknologi dari tamadun Islam ke tamadun Barat dan mengeluarkan tamadun Barat dari era kegelapan, mundur dan 1 Sunnah adalah segala sesuatu yang diamalkan oleh Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم yang berupa perbuatan, amalan, k eperibadia n, akhlak d an kelakuan berdasarkan ajaran Islam setelah beliau dilantik menjadi Rasul.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy