Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

296 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam 4. Cekal Rasulullah صلى الله عليه وسلم merupakan seorang yang cekal dalam penyebaran dakwah Islamiyah walaupun menerima tentangan yang hebat di Mekah termasuk daripada ahli keluarga terdekat sendiri seperti bapa saudara Baginda, Abu Lahab. Namun Baginda tabah menghadapi tentangan tersebut dan tetap meneruskan penyebaran Islam walaupun terpaksa berhijrah ke tempat lain. Pelbagai cara digunakan oleh kaum Quraisy untuk menunjukkan tentangan mereka namun Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم akhirnya berjaya membina sebuah negara Islam Madinah yang mampu menyaingi kota Mekah dari aspek ekonomi yang pada ketika itu dikuasai oleh kaum Yahudi. 5. Berakhlak Mulia Akhlak mulia mampu menarik hati kawan dan juga lawan. Rasulullah صلى الله عليه وسلم menolak kejahilan seperti keangkuhan dan memaparkan kualiti akhlak mulia mahmudah (terpuji) yang boleh menjadi role model dalam kehidupan. Misalnya, Baginda merupakan seorang ketua keluarga yang bersifat pengasih dan penyayang. Baginda sering membantu isteri memasak, menampal pakaian yang koyak, melayan anak-anak dan membersihkan rumah. Segala perkataan dan perbuatan Baginda sentiasa boleh dipercayai sehingga digelar ‘Al-Amin’ oleh orang Arab Quraisy. Baginda juga merupakan seorang yang pemaaf sepertimana Baginda memaafkan Saiyidina Umar bin Al-Khattab رضي الله عنه kerana bukan sahaja beliau pernah menjadi musuh ketat Islam tetapi juga pernah cuba membunuh Baginda. Pada tahun ke-8 Hijrah pula semasa pembukaan Kota Mekah oleh tentera Islam yang diketuai oleh Rasulullah ,صلى الله عليه وسلم Baginda telah mengisytiharkan di hadapan Kaabah bahawa Baginda memaafkan penduduk Quraisy Mekah dan membebaskan mereka dengan janji bahawa mereka tidak akan diapa- apakan. Sikap pemaaf Rasulullah صلى الله عليه وسلم cukup menyentuh jiwa dan melembutkan hati mereka. Dalam pada itu, akhlak mulia Baginda berjaya mempersaudarakan masyarakat Arab yang berpecah-belah,

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy