Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

295 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam 2. Bijak Rasulullah صلى الله عليه وسلم merupakan seorang yang bijak dan sangat pintar dalam mengatur taktik dan strategi peperangan. Contohnya dalam Perang Badar, walaupun tentera Islam cuma seramai 313 orang, mereka masih berjaya mengalahkan tentera Musyrikin/Quraisy Mekah seramai 1000 orang dengan menggunakan strategi bijak yang diatur oleh Nabi Muhammad .صلى الله عليه وسلم Sebagai pemimpin tertinggi, Baginda juga pandai menerima pakai nasihat para sahabat apabila keadaan memerlukan seperti cadangan Salman Al-Farisi supaya menggali parit sekeliling kota Madinah untuk menyekat kemaraan tentera musuh dalam Perang Khandak. Kebijaksanaan dan ketinggian swadaya Rasulullah صلى الله عليه وسلم berjaya menenggelamkan emosi dendam yang membara di hati umat Islam kerana pada jangka panjang, ia akan membawa manfaat kepada agama Islam sendiri. Baginda juga bijak berpolitik dengan kuasa-kuasa besar seperti Rom, Parsi dan Habsyah sehingga mereka mengakui Madinah sebagai negara yang berdaulat. Selain daripada itu, Rasulullah صلى الله عليه وسلم juga berjaya merubah sikap dan pendirian masyarakat Arab Jahiliah daripada sebuah masyarakat yang terkebelakang, tidak dikenali, mundur, berpecah belah dan tidak mempunyai hala tuju kehidupan kepada bangsa yang disegani dan dihormati kawan dan lawan. 3. Berani dan Tegas Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم juga merupakan seorang pahlawan yang berani dan tegas yang tiada tolok bandingnya. Keberanian Baginda terserlah apabila Baginda mengetuai setiap ekspedisi perang dan meniupkan semangat jihad dalam kalangan tentera Islam, walaupun dalam jumlah tentera yang kecil. Ketegasan Baginda pula menonjol dengan penyingkiran kaum Yahudi Bani Qainuqa’, Bani Nadhir dan Bani Quraizah dari bumi Madinah setelah melanggar Piagam Madinah apabila mereka cuba menimbulkan keadaan huru-hara serta memecahbelahkan penduduk Madinah.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy