Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

xxxiii Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Nornadia binti Omar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP): Kesedaran Dan Kesediaan Penjawat Awam Bekerja Secara Dalam Talian ABSTRAK Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada 18 hingga 9 Jun 2020 akibat wabak pandemik COVID-19. Sejajar daripada itu, Jabatan Perkhidmatan Awam telah mengeluarkan surat edaran mengenai operasi pejabat kerajaan semasa tempoh PKP dengan mengambil pendekatan bekerja dari rumah (BDR) dan bekerja mengikut waktu fleksibel sebagai mendokong usaha berterusan membendung penularan wabak COVID-19. Sebelum ini, sebilangan besar pekerja swasta dan kerajaan setiap hari ke pejabat bagi menjalankan tugasan harian mereka. Namun, norma itu dilihat merangkumi perubahan drastik apabila dunia pekerjaan dalam talian kini menjadi pilihan terbaik sepanjang pelaksanaan PKP. Bagaimanapun, timbul persoalan, adakah penjawat awam bersedia untuk bekerja secara dalam talian. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan untuk melihat tahap kesedaran dan persediaan penjawat awam mengenai bekerja secara dalam talian serta cabaran yang dilalui oleh penjawat awam ketika bekerja dalam talian. Penemuan kajian mendapati pekerja akan sedikit kekok dan tidak bersedia melaksanakan tugasan di rumah kerana ia merupakan pengalaman baharu buat mereka. Persediaan dari segi mental, keupayaan dan sumber menjadi daya penentu dalam mempermudahkan pelaksanaan tugas di rumah. Dapatan kajian ini boleh dijadikan sebagai gambaran awal mengenai kesediaan penjawat awam bekerja dalam talian dan boleh digunakan bagi merangka langkah-langkah yang perlu diambil bagi memastikan penjawat awam dapat melakukan kerja dari rumah secara atas talian dengan lebih berkesan. Walau bagaimanapun, kajian empirikal yang melibatkan aktiviti pengumpulan dan analisis data primer berdasarkan pemerhatian langsung atau pengalaman di lapangan perlu dilaksanakan bagi mengukur tahap kesedaran dan kesediaan penjawat awam bekerja secara dalam talian pada masa hadapan. POIN NYATA • Perubahan sifat kerja ini akan membawa perubahan dalam pembinaan fokus strategik baru, membina kepakaran baru dan mewujudkan cara bekerja baru • Kehadiran COVID-19 tidak bermaksud pekerja berkompromi dengan produktiviti tanpa melakukan apa-apa pekerjaan di rumah • Sektor swasta di negara ini dilihat lebih bersifat anjal dalam mengubah kaedah pekerjaan mereka • Kesediaan seseorang terhadap sesuatu perubahan amat penting dalam menentukan kejayaan sesuatu pembaharuan dalam sesebuah organisasi

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy