Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
294 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Rasulullah صلى الله عليه وسلم merupakan ketua negara Islam yang pertama dan pemimpin terbaik bagi umat Islam. Prinsip-prinsip asas pemerintahan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم adalah mengikut yang diperintahkan dalam Al- Quran iaitu mendaulatkan hukum Islam, menegakkan keadilan, kebebasan, ketelusan, menyeru kebaikan, mencegah kemungkaran, membina perpaduan serta menjamin keamanan dan keharmonian. Menurut pandangan Islam, manusia dijadikan sebagai khalifah di muka bumi ini dan setiap insan adalah pemimpin sama ada secara langsung atau tidak langsung. Kepimpinan Rasulullah صلى الله عليه وسلم terserlah semasa Baginda berada di kota Mekah lagi, sejak sebelum menerima wahyu sebagai Nabi dan Rasul. Kepimpinan Baginda makin menonjol setelah berhijrah ke Madinah. Ciri-ciri kepimpinan yang dimiliki oleh Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم adalah seperti berikut: 1. Adil Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم bersikap adil dalam segala urusan termasuk percakapan dan perbuatan. Sebagai contoh, Baginda telah membela kaum wanita serta menghapuskan semangat assabiyah yang mengamalkan diskriminasi kabilah (kaum). Selain daripada itu, Baginda juga mengharamkan amalan riba dan penipuan dalam kalangan pedagang Arab dan digantikan dengan sistem ekonomi Islam yang adil. Dengan mengamalkan keadilan, Baginda berjaya mewujudkan perpaduan dan keharmonian masyarakat. Antara ciri-ciri kepimpinan utama Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم ▪ adil; ▪ bijak; ▪ berani dan tegas; ▪ cekal; ▪ berakhlak mulia; ▪ berakidah; ▪ akal dan berilmu pengetahuan; ▪ kepahlawanan; ▪ bertoleransi; ▪ merendah diri; dan ▪ cepat dalam membuat keputusan
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy