Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

293 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Dalam pada itu, dunia barat turut menamakan Rasulullah صلى الله عليه وسلم sebagai seorang tokoh ulung, antaranya: 1. Michael H. Hart dalam “ The 100: A Ranking of The Most Influential Persons In History” menobatkan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم di tempat pertama sebagai tokoh yang paling berpengaruh di dunia dan pemimpin agung sepanjang zaman; 2. GW Choudhury dalam “ The Prophet Muhammad: His Life and Eternal Message ” menyatakan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم bukan sahaja merupakan pemimpin spiritual yang berjaya tetapi Baginda juga merupakan negarawan dan pentadbir yang berjaya; dan 3. WM Watt dalam “ Muhammad: Prophet and Statesman ” berpendapat bahawa Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم merupakan pembawa perubahan ( reformer ) yang menghasilkan revolusi dalam cara hidup dan pemikiran masyarakat Arab. Dunia barat juga berpendapat bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم memiliki kualiti kehebatan yang memungkinkan agama Islam berjaya tersebar ke seluruh dunia iaitu beliau mampu berpandangan jauh ke masa hadapan, berkemahiran sebagai pentadbir dan mempunyai kebijaksanaan bukan sahaja sebagai negarawan tetapi juga dalam memilih pemimpin pelapis bagi mendelegasikan kerja-kerja pentadbiran. Rasulullah صلى الله عليه وسلم merupakan ketua negara Islam yang pertama dan pemimpin terbaik bagi umat Islam Menurut pandangan Islam, manusia dijadikan sebagai khalifah di muka bumi ini dan setiap insan adalah pemimpin sama ada secara langsung atau tidak langsung

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy