Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

292 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Selain daripada itu, George Bernard Shaw, seorang penulis skrip drama berbangsa Irish dan penerima hadiah Nobel Kesusteraan tahun 1925 dalam bukunya, The Genuine Islam , pula menyatakan bahawa beliau amat menyanjungi ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم kerana kehebatan dan potensinya. Beliau menegaskan: “Ia adalah satu-satunya agama pada pandangan saya mempunyai kemampuan supaya disesuaikan dengan perubahan-perubahan yang sering berlaku dalam hidup, justeru menjadikannya menonjol pada setiap zaman. Saya telah mengkaji mengenainya iaitu lelaki yang hebat itu (Nabi Muhammad) dan pada pandangan saya beliau bukan anti Nabi Isa sebaliknya, beliau patut digelar sebagai Penyelamat bagi Manusia.” Tambahan pula, Profesor Ramakrishna Rao, seorang ahli falsafah India dalam bukunya, Islam and the Modern Age , telah mengungkapkan keunggulan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم dengan sangat menarik. Ujar beliau: “Andai kata keunggulan seseorang terletak pada kemampuannya membersihkan masyarakat daripada keganasan dan kerendahan akhlak serta budi dan mengangkat mereka menjadi pemegang obor tamadun dan keilmuan maka Muhammad memang layak dikatakan unggul. Andai kata keunggulan terletak atas kemampuan mengikat tali persaudaraan yang kukuh dalam masyarakat yang dipenuhi persengketaan dan peperangan maka beliau memang layak dikatakan unggul. Andai kata keunggulan terletak pada kejayaan merubah masyarakat jahiliah yang penuh kesesatan kepada suatu kepercayaan yang murni maka Muhammad berjaya melakukannya. Andai kata keunggulan ialah kemampuan mengalahkan musuh dan membina empayar yang besar seperti Maharaja Rom dan Parsi maka Muhammad tidak kurang hebat kepemimpinannya dan kepahlawanannya. Andai kata ketaatan dan penghormatan menjadi ukuran kepada keunggulan maka sebut saja nama Muhammad, jutaan manusia yang berjiwa akan hormat dan taat kepadanya.”

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy