Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
291 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam PENGENALAN Pemerintahan dan kepimpinan Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan Khulafa’ Al- Rasyidin merupakan contoh pemerintahan dan kepimpinanan terbaik yang pernah diamalkan di dunia ini. Antara ciri-ciri yang menonjol dalam pemerintahan dan kepimpinan Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan Khulafa’ al- Rasyidin adalah keadilan, kesamarataan, kebebasan dan ketelusan. Kajian ini meneroka amalan kepimpinan Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan Khulafa’ Al- Rasyidin bagi mengenal pasti amalan kepimpinan mereka yang wajar dicontohi dan diamalkan dalam perkhidmatan awam masa kini. Pemerintahan Dan Kepimpinan Rasulullah صلى الله عليه وسلم Keunggulan Rasulullah صلى الله عليه وسلم sebagai pemerintah bukan sahaja diakui oleh masyarakat Islam tetapi juga oleh pengkaji sejarah bukan Islam. Sebagai contoh, Jules Masserman, seorang ahli psikologi dari Universiti Chicago, Amerika Syarikat dalam majalah Time edisi 15 Julai 1974 menegaskan: “Pemimpin yang agung perlu melaksanakan tiga fungsi penting iaitu: memelihara kesejahteraan pengikut-pengikutnya, mewujudkan satu sistem sosial yang selamat dan terjamin serta menanamkan satu nilai kepercayaan yang dapat dijadikan panduan dan diikuti. Tokoh-tokoh terkenal seperti Pasteur dan Salk telah dapat memenuhi fungsi pertama, manakala Alexander, Caeser dan Hitler pula berjaya memenuhi fungsi kedua. Namun Muhammad telah berjaya memenuhi ketiga-tiga fungsi kerana itu beliau adalah pemimpin yang paling hebat dalam sejarah.” Keunggulan Rasulullah صلى الله عليه وسلم sebagai pemerintah bukan sahaja diakui oleh masyarakat Islam tetapi juga oleh pengkaji sejarah bukan Islam
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy