Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
290 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Kepimpinan Islam Mohd Azman bin Hj Mohd Ariffin, M54 ABSTRAK Pemerintahan dan kepimpinan Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan Khulafa Ar- Rasyidin merupakan contoh pemerintahan dan kepimpinanan terbaik yang pernah diamalkan di dunia ini. Malah kewibawaan Rasulullah صلى الله عليه وسلم sebagai pemerintah bukan sahaja diakui oleh dunia Islam tetapi juga oleh dunia bukan Islam. Antara ciri-ciri yang menonjol dalam pemerintahan dan kepimpinan Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan Khulafa Ar-Rasyidin adalah keadilan, kesamarataan, kebebasan dan ketelusan. Selama ini, banyak kajian yang baik telah dihasilkan dalam gaya kepimpinan Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan Khulafa Ar-Rasyidin. Namun demikian, kebanyakan kajian tersebut hanya memfokus kepada gaya kepimpinan seseorang individu tertentu sahaja dari kalangan mereka tanpa merangkumi gaya kepimpinan mereka secara kolektif. Justeru itu, kajian ini akan mengkaji gaya kepimpinan Islam yang ditonjolkan oleh kelima-lima pemimpin utama Islam yang terdiri daripada Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan para Khulafa Ar-Rasyidin iaitu Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq ,رضي الله عنه Saiyidina Umar bin Al-Khattab ,رضي الله عنه Saiyidina Uthman bin ‘Affan رضي الله عنه dan Saiyidina Ali bin Abi Talib .رضي الله عنه Memandangkan gaya kepimpinan kelima-lima tokoh utama kepimpinan Islam ini merupakan kepimpinanan yang terbaik, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti amalan kepimpinan mereka yang wajar dicontohi dan diamalkan dalam perkhidmatan awam masa kini.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy