Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

284 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam yang dikaji dari segi urus tadbir kawalan dan pemulihan COVID-19 namun demikian ianya sangat sukar untuk dijangka keberkesanan kawalan penyakit ini sehinggalah vaksin penyakit ditemui dan digunakan secera berkesan. 'Vaksin' yang terbaik adalah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), penjarakan sosial, amalan kebersihan dan berubah kepada budaya baharu dalam masyarakat. REKOMENDASI Berdasarkan pengalaman melebihi tempoh 60 tahun selepas merdeka, sektor perkhidmatan awam Malaysia mempunyai rekod sejarah dan prestasi yang baik, dinilai melalui peranannya dalam pembangunan negara. Justeru itu, bagi meneruskan dan meningkatkan lagi penyampaian perkhidmatan maka pihak kerajaan perlu bersikap pro aktif dan responsif dalam menguruskan setiap cabaran untuk membentuk pembaharuan dalam perkhidmatan yang lebih baik yang mana inisiatif ini memerlukan sokongan padu daripada semua pihak diperingkat penjawat awam, anggota pentadbiran dan orang ramai. Khusus untuk penjawat awam, mereka perlu bersedia untuk melakukan perubahan mind set, upskill dan re-skill penjawat awam selari dengan keperluan semasa negara dan perubahan global. Perkhidmatan awam perlu merangka dan mengambil tindakan segera untuk memperkukuhkan norma kerja baharu perkhidmatan awam untuk mempastikan kualiti perkhidmatan berada pada tahap yang cekap dan berkesan. PENUTUP Berdasarkan kepada kedudukan sistem pentadbiran awam Malaysia di persada dunia maka pihak kerajaan perlu lah mengambil langkah-langkah bersistematik bagi mempastikan penarafan yang utama dunia dijadikan sebagai landasan dan penanda arasan dalam pembentukan dan pembangunan sumber manusia dalam perkhidmatan supaya dapat menyokong kepada penyampaian perkhidmatan yang berkualiti tinggi dan mencapai tahap produktiviti yang tinggi.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy