Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
283 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela selama 14 hari; (iii) sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara; (iv) penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti; (v) penutupan semua institut pendidikan tinggi awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara; dan (vi) penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara iaitu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan. Sekatan ini pada asalnya berlangsung dari 18 Mac hingga 31 Mac 2020, tetapi dilanjutkan hingga 14 April pada 25 Mac dan seterusnya dilanjutkan lagi sehingga 9 Jun 2020 Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sebagai usaha untuk mengekang penularan mendadak COVID-19 negara. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa pandemik COVID-19 memberikan impak yang amat besar terhadap pelbagai dimensi dalam kehidupan rakyat di samping keperluan untuk menerapkan norma kehidupan yang baharu. Pada 17 Mac 2020, arahan bekerja dari rumah bagi anggota perkhidmatan awam telah dikuatkuasakan dalam tempoh pandemik COVID-19 ini kecuali bagi perkhidmatan penting ( essential services ). Sehingga 5 Jun 2020 tiada pihak dapat mempastikan bila pendemik ini akan berakhir berikutan ketiadaan vaksin bagi mengubati pandemik ini yang telah menjangkiti 6,698,370 orang dan mengorbankan 393,142 orang di 215 negara di seluruh dunia. Walaupun Malaysia berada dalam kedudukan indeks yang ke 12 daripada 184 negara
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy