Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

282 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam bangun sesebuah negara berpunca daripada perkhidmatan awam yang tidak cekap. (viii) Kesan Pandemik COVID-19 Pandemik COVID-19 telah disahkan merebak di Malaysia pada 25 Januari 2020. Sehingga 4 Jun 2020, terdapat 8,247 kes yang disahkan dengan sebanyak 6,559 kes telah pulih dan discaj serta 115 kes kematian. Berikutan peningkatan kes pada Mac 2020, Yang di-Pertuan Agong telah menyatakan kebimbangan baginda terhadap kes positif yang mendadak. Langkah selanjutnya kemudiannya diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia u ntuk mengatasi penyebaran virus ini di dalam negara melalui siaran langsung pada 13 Mac 2020. Dengan penyebaran virus di semua negeri dan wilayah persekutuan di Malaysia sehingga 16 Mac 2020, kerajaan Malaysia mengumumkan bahawa mereka telah memutuskan untuk melaksanakan perintah berkurung separa negara (dikenali sebagai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)) dari 18 Mac hingga 12 Mei 2020 untuk mengekang pertambahan kes positif dalam negara. Pada 16 Mac 2020, akibat peningkatan drastik kes sejak hari sebelumnya, Perdana Menteri telah mengumumkan sebuah tindakan yang dinamakan sebagai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang melibatkan peraturan-peraturan berikut: (i) larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya. Semua rumah ibadat dan premis perniagaan kecuali pasar raya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian. Bagi umat Islam, semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk Solat Jumaat dibatalkan; (ii) sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara, dengan mereka yang baru pulang dikehendaki menjalani

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy