Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
281 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam atau dipindahkan anggota berkaitan supaya peruntukan kerajaan dapat digunakan secara optimum. Di samping itu, mengadakan polisi dan dasar baharu yang memperketatkan penggunaan kewangan kerajaan. Hanya program dan aktiviti yang berimpak tinggi dan menguntungkan kerajaan sahaja dilaksanakan. Bagi menghasilkan impak positif dalam jangka masa panjang, pemimpin/kerajaan hendaklah berani membuat keputusan yang drastik, berani dan praktikal walaupun ianya tidak popular, mendapat tentangan/kritikan, menambahkan kos kepada kerajaan dan menyakitkan kepada sesetengah pihak terlibat, misalnya pengenalan atau pembatalan sesuatu polisi/dasar seperti kenaikan kadar saman, menambahbaik urus tadbir dan sesi latihan kepada penjawat awam dan menguatkuasakan cukai baharu. Keutamaan adalah untuk memastikan impak postif dalam jangka masa panjang kepada organisasi/kerajaan. Dalam senario semasa, tindakan Kerajaan memperkenalkan Majlis Penasihat Kerajaan yang bertindak menasihati kerajaan mengenai ekonomi dan kewangan manakala Jawatankuasa Pembaharuan Institusi untuk mengemukakan mengemukakan cadangan pembaharuan institusi bagi jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Ini merupakan keputusan jangka masa pendek oleh Kerajaan yang akan memberikan impak positif kepada pencapaian ekonomi dan kemakmuran negara. Setiap program dan aktiviti yang diputuskan untuk dilaksanakan perlu mempunyai dan menetapkan penanda aras sasaran pencapaian yang ingin dicapai. Dengan mempunyai petunjuk-petunjuk prestasi semasa dan yang akan datang yang perlu dicapai akan dapat meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan agensi kerajaan kepada pelanggan. Ini amat penting untuk memastikan program/aktiviti adalah berada dalam landasan yang tepat bagi mencapai objektif jangka masa panjang tersebut. Kesimpulannya, tadbir urus yang baik memerlukan iltizam yang kukuh, beramanah dalam setiap kerja yang kita lakukan. Sesungguhnya, jatuh
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy