Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
280 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Menjadi keperluan pegawai/organisasi/kerajaan untuk menyediakan pelan strategik atau perancangan jangka masa panjang yang fleksibel. Pelan strategik atau perancangan yang disediakan tersebut perlu dipantau, dianalisa, dirombak dan ditambahbaik selaras dengan perubahan dan kehendak semasa dan pola kehendak masa depan. Dalam pada itu, pembuatan keputusan untuk jangka masa pendek perlu dilakukan yang menjurus kepada pencapaian matlamat dalam jangka masa panjang walaupun keputusan tersebut menyakitkan sesetengah pihak terlibat. Bagi mengurangkan defisit fiskal ke arah urus tadbir ekonomi negara yang mapan dan berjaya dalam jangka masa panjang pula, Kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Kewangan Awam dan Jawatankuasa Reformasi Cukai yang dijangka akan dapat meneruskan agenda konsolidasi fiskal secara beransuran tanpa menggugat pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat. Untuk meingkatkan pendapatan negara pihak Kerajaan telah melaksanakan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan ( Sales and Services Tax (SST )) yang berkuatkuasa pada 1 September 2018 bagi menggantikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dimansuhkan. Perundangan SST diwartakan pada 26 Ogos, 2018. Dengan SST kerajaan dapat menjana pendapatan negara sebanyak RM14.4 billion pada tahun 2018 dan sekurang-kurangnya RM22.00 billion pada tahun 2019. SST tetap dilaksanakan walaupun mendapat kritikan dan tentangan daripada sebilangan rakyat. Pemimpin organisasi yang berwibawa dan berjaya perlu mampu membuat keputusan jangka masa panjang yang memberikan impak positif dan berjaya. Kerajaan juga perlu mengenal pasti dan menutup peluang ruang pembaziran dalam sektor awam bagi membolehkan ekonomi negara berada pada tahap yang terbaik, misalnya, menyemak semula perjawatan yang perlu dimansuhkan, dikurangkan pengambilan anggota
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy