Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

279 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Bahkan pemberian taraf Malaysia negara ke 61 paling rasuah dunia pada tahun 2018 (Laporan Transparency Intenational: Corruption Perceptions Index 2018 ) amat menjejaskan imej negara. Tugas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menangani rasuah secara telus dan adil penting untuk kebaikan tadbir urus negara. Seharusnya, kelebihan yang terdapat di Denmark (1), New Zealand (2), Findland (3) mahupun jiran Malaysia iaitu Singapura (3) boleh dijadikan panduan di Malaysia kepada perkhidmatan awam yang mempunyai tadbir urus yang lebih baik (Transparency International, 2018). Kajian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menunjukkan 63.3 peratus aduan yang diterima adalah berkaitan sektor awam yang menjadikan sektor itu sebagai sektor paling terdedah kepada gejala rasuah di negara ini. Kajian di antara 2013-2018 itu menunjukkan 42.8 peratus aduan diterima berkaitan sektor perolehan, 23.9 peratus penguatkuasaan manakala 8.69 peratus pelesenan dan permit, menjadikan ketiga-tiga sektor ini menyumbang sebanyak 75.39 peratus jumlah aduan yang diterima SPRM. Berdasarkan statistik siasatan yang dikeluarkan oleh Bahagian Pengurusan Rekod dan Maklumat SPRM bagi sepanjang tahun 2019 mendapati terdapat sebanyak 2,526 maklumat berkaitan salahlaku rasuah penjawat awam telah diterima SPRM dan menghasilkan pembukaan 480 kertas siasatan, 463 tangkapan serta 145 pertuduhan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy