Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

278 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam (vii) Tadbir Urus Agensi kerajaan sentiasa berhadapan pelbagai cabaran dalam mentadbir negara. Tadbir urus baik di sektor awam sentiasa berhadapan dengan pelbagai cabaran dan keadaan tersebut perlu ditangani dengan bijaksana oleh agensi kerajaan. Sikap bijaksana ketua jabatan penting supaya penjawat awam dapat menjalankan tugasan mereka dengan cekap dan berintegriti ( Wordpress , 2017). Antara cabaran tadbir urus baik ialah untuk memantap integriti penjawat awam. Cabaran ini terjadi kerana bilangan penjawat awam yang ramai dan berkhidmat dalam pelbagai agensi tentulah menghadapi kesukaran untuk menerapkan budaya kerja cemerlang. Kewujudan segelintir pegawai yang curang, tidak berdisiplin dan berakhlak sememangnya menjejaskan mutu perkhidmatan kerajaan. Bahkan menjadi beban dan polemik kepada kerajaan. Kebocoran maklumat sulit kerajaan menunjukkan integriti penjawat awam diragui. Antara usaha kerajaan ialah dengan melarang penggunaan telefon bimbit dan beberapa peralatan komunikasi dalam mesyuaratnya yang membincangkan perkara rahsia dan keselamatan negara bagi mengekang kebocoran melalui Garis Panduan Larangan Penggunaan Telefon Bimbit atau Alat Komunikasi Lain Dalam Mesyuarat Kerajaan bertarikh 31 Januari 2019. Memantap integriti penting untuk mengurus negara dengan baik. Seterusnya, cabaran untuk meningkatkan keupayaan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada rakyat. Sistem penyampaian berkait rapat dengan penggunaan sumber modal insan perlu yang disokong oleh teknologi digital dan memerlukan kos dan penyelengaraan yang tinggi. Kegagalan mengoperasi sistem sokongan ini dan kekurangan modal insan yang terlatih boleh mengganggu keupayaan mengurus jabatan-jabatan kerajaan. Penggunaan ICT dalam sistem perkhidmatan perlulah menyeluruh. Selain itu, proses globalisasi meletakan dunia di bawah satu unit pentadbiran yang melangkau sempadan dan kedudukan geografi merupakan cabaran baru dalam urus tadbir negara. Apa-apa kesilapan pentadbiran kerajaan seperti rasuah, pecah amanah dan kepincangan akan dicanang dalam sekelip mata akan diketahui di seluruh dunia.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy