Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
276 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam (i) tempoh masa yang diambil, (ii) libat urus dalam melaksanakan reformasi, (iii) tindak balas atau responsif terhadap perubahan dalam menyampaikan sesuatu perkhidmatan; (iv) nilai kepuasan oleh pelanggan; dan (v) integrasi dalam penyampaian perkhidmatan yang memberi pilihan kepada pelanggan. Daripada masa ke masa, jangkaan pelanggan terhadap penyampaian perkhidmatan awam sentiasa meningkat. Pelanggan beranggapan perkhidmatan awam mestilah murah dan mudah dicapai, kepelbagaian pilihan, berkualiti, cekap dan cepat. Dalam hubungan ini, pihak Kerajaan perlu sentiasa melakukan perubahan atau penambahbaikan terhadap struktur organisasi dan sumber manusia supaya mampu menghadapi cabaran masa depan, meningkatkan daya saing negara, memupuk sikap dan budaya baru, menambahkan keberkesanan pelaksanaan projek dan penyampaian perkhidmatan, meningkatkan keprihatinan terhadap aduan rakyat serta proaktif terhadap cabaran baru. Selaras dengan jangkaan pelanggan tersebut, pegawai perkhidmatan awam perlu mengubah minda, sikap dan cara bekerja. Pihak Kerajaan perlu memastikan penjawat awam mempunyai ketangkasan dalam penguasaan terhadap pengetahuan baharu, peningkatan kemahiran selaras dengan perkembangan semasa dan penerapan ciri-ciri peribadi terpuji dari sudut sikap, nilai dan etika kerja. Sekiranya Malaysia berhasrat mencapai status sebuah negara berpendapatan tinggi dan maju dalam jangka masa terdekat, maka ia sudah tidak sesuai untuk membuat perbandingan penanda aras kecekapan sektor perkhidmatan awam dengan negara maju yang lain. Pihak kerajaan hendaklah mengenal pasti benchmarking atau best practices ke atas bentuk perkhidmatan awam di luar negara misalnya Kanada, New Zealand, Australia, United Kingdom dan Finland berdasarkan kepada kecemerlangan dalam bidang masing-masing berdasarkan kepada laporan Indeks
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy