Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

xxxi Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam menjawab persoalan di atas dengan mengkaji kesan BDR ke atas penjawat awam dari pelbagai negara. Hasil kajian mendapati antara faedah yang paling sering dilihat apabila BDR dipraktiskan adalah pengurangan ketidakhadiran pekerja, keseimbangan kehidupan-kerja yang lebih baik, pengambilan dan pengekalan pekerja yang lebih baik, mengekalkan kesinambungan operasi semasa keadaan darurat seperti cuaca buruk, mengurangkan kos perjalanan atau subsidi transit, peningkatan produktiviti, pengurangan kos harta tanah dan kos utiliti berkurang.Di akhir kajian, terdapat beberapa langkah yang dicadangankan kepada pihak organisasi bagi melaksanakan BDR secara berkesan dan menghasilkan impak positif. Antara langkah yang dicadangkan ialah memberi satu taklimat dan penerangan yang jelas berkenaan dengan misi dan visi perlaksanaan BDR, jelaskan kepada para pekerja mengenai jenis skim perkhidmatan dan budaya kerja yang bagaimana sesuai utk BDR, wujudkan satu polisi khas berkenaan dengan kaedah pelaksanaan BDR dan mewujudkan kedah penilaian prestasi yang sistematik. POIN NYATA • Kaedah BDR mula diberi perhatian bermula pada tahun 1970-an di mana istilah telekomunikasi digunakan untuk menunjukkan bekerja bukan di pejabat, menggunakan alat komunikasi seperti telefon sebagai pengganti jarak fizikal • Melalui praktis BDR, para pekerja diberi peluang untuk menjalankan keseluruhan atau sebahagian daripada tugas mereka sama ada di rumah atau di mana-mana lokasi yang bersesuaian • Faedah apabila BDR dipraktiskan adalah pengurangan ketidakhadiran pekerja, keseimbangan kehidupan-kerja yang lebih baik, pengambilan dan pengekalan pekerja yang lebih baik, mengekalkan kesinambungan operasi semasa keadaan darurat seperti cuaca buruk, mengurangkan kos perjalanan atau subsidi transit, peningkatan produktiviti, pengurangan kos harta tanah dan kos utiliti berkurang • Maklum balas sangat penting bagi pekerja yang BDR supaya mereka tahu bagaimana keadaan mereka dan apakah langkah atau penambahbaikan yang boleh diambil bagi memastikan pelaksanaan BDR berjaya • Antara kaedah pelaksanaan BDR ialah perjanjian kerja secara BDR sementara boleh dipersetujui untuk jangka masa sehingga 12 bulan • Di bawah Part 6AA of the Employment Relations (Flexible Working Arrangements) Amendment Act 2007, pekerja yang terlibat dengan penjagaan ahli keluarga yang berkeperluan khas layak untuk memohon BDR daripada majikan mereka • Umumnya, majikan tidak memantau dengan ketat jumlah jam kerja pekerja yang BDR, namun mereka menganggap jumlah dan kuantiti kerja yang diselesaikan serta kekerapan berkomunikasi sesama

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy