Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

xxx Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam POIN NYATA • Projek Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) adalah satu skim rumah mampu milik yang dibangunkan khas untuk penjawat awam yang menekankan kepada keselesaan dari aspek saiz, rekabentuk, kualiti, lokasi dan harga rumah yang bersesuaian bagi penjawat awam • Rumah yang dibangunkan adalah rumah yang berkualiti dan dibina di lokasi strategik serta dengan harga berpatutan • Rumah adalah satu tempat yang bukan sahaja melindungi individu yang menetap di dalamnya dari aspek fizikal, malahan rumah juga penting sebagai tempat untuk mendapatkan privasi, ketenangan, tempat untuk berehat dan menjalankan aktiviti-aktiviti kekeluargaan • Objektif Dasar Perumahan Negara (2018-2025) iaitu “Rumah Berkualiti, Harapan Rakyat” dan juga hasrat Kerajaan untuk menyediakan tempat tinggal yang mempunyai persekitaran yang selamat, lengkap dan sejahtera di samping membantu golongan yang kurang bernasib baik dan kurang kemampuan untuk memiliki tempat tinggal yang selesa, sektor swasta perlu diberi kepercayaan untuk memacu industri perumahan negara • Satu entiti khas perlu ditubuhkan untuk menerajui inisiatif perumahan mampu milik dalam kalangan pelbagai agensi Kerajaan dan negeri • Pangkalan data perlu mengandungi maklumat pendapatan, jumlah isi rumah, ciri-ciri dan pilihan rumah seperti saiz binaan serta lokasi. Kaji selidik secara berkala boleh dilakukan untuk mengumpul data isi rumah. • Isi rumah didapati tidak mempunyai pengetahuan yang cukup untuk membuat keputusan kewangan berdasarkan maklumat yang mencukupi • Cadangan pemilikan rumah kepada golongan muda juga boleh dipertimbangkan melalui pasaran rumah sewa-beli yang bermatlamatkan agar semua rakyat dapat memiliki rumah sebagai keperluan asas manusia Nor Hafifah binti Abdullah Pelaksanaan Bekerja dari Rumah dalam Perkhidmatan Awam di Negara-Negara Terpilih ABSTRAK Kebanyakkan organisasi awam di luar negara seperti Singapura, United Kingdom, New Zealand, Kanada dan Australia melaksanakan kaedah Bekerja dari Rumah (BDR) yang merupakan inovasi organisasi yang diharapkan dapat memperbaiki mutu kerja penjawat awam. Namun demikian, apakah sebenarnya kesan BDR kepada karjaya dan kehidupan penjawat awam dan apakah cara terbaik yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan bagi melaksanakan praktis tersebut? Berdasarkan persoalan berikut, kajian ini bertujuan untuk

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy