Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
263 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam (iii) Economist Intelligence Unit (EIU) – Indeks Demokrasi 2019 naik ke tempat 52 berbanding 59 (2018); (iv) Indeks Kebebasan Media 2019 – meletakkan Malaysia di tangga pertama di kalangan negara-negara Asia Tenggara dan berada di tangga 123 berbanding 145 negara di dunia; dan (v) World Bank Ease of Doing Business – Kedudukan Malaysia meningkat 9 tangga daripada tangga ke-24 pada tahun 2018 dan naik ke tangga 15 pada tahun 2019. Pada tahun 2018, Kerajaan juga telah menubuhkan Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) bagi menyelaras dan memantau semua aktiviti berkaitan governans, integriti dan banteras rasuah di negara ini yang diketuai oleh bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed. Pusat ini akan melihat secara menyeluruh semua isu dalam tadbir urus kerajaan seterusnya membuat penambahbaikan dan perubahan yang diharapkan (Utusan Malaysia, 2018). Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Antirasuah (JKKMAR) yang dipengerusikan oleh YAB Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ke-7 pada 8 Jun 2018 telah memutuskan bahawa satu pelan antirasuah yang menyeluruh perlu dirangka dengan segera untuk menangani isu berkaitan rasuah di negara ini. Maka terhasillah Pelan Antirasuah Nasional (NACP) sebagai dokumen utama Kerajaan Malaysia yang menggariskan tindakan menyeluruh dan bersepadu dalam memerangi rasuah. Pelan ini akan menjadi pelan pertama seumpamanya yang merangkumkan isu tadbir urus, integriti dan antirasuah dalam suatu kerangka bersepadu. Visi NACP adalah untuk mewujudkan negara bebas rasuah melalui penetapan tiga matlamat khusus iaitu Kebertanggungjawaban dan Kredibiliti Kehakiman, Pendakwaan dan Agensi Penguatkuasaan Undang-Undang; Penyampaian Perkhidmatan Awam yang cekap dan responsif; dan Integriti dalam Perniagaan. NACP menggariskan wawasan jangka panjang tindakan antirasuah ke arah negara bebas rasuah menerusi 115 inisiatif untuk dilaksanakan. Melalui enam strateginya, NACP akan memastikan usaha
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy