Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

262 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Kesan pengaruh politik tersebut boleh mengakibatkan jentera perkhidmatan awam menjadi tidak berkesan, sumber tidak dapat digunakan secara optimum untuk memberi perkhidmatan kepada golongan sasar dan juga masyarakat menjadi berpuak puak dan juga tidak sepakat sehinggakan mencetuskan perbalahan sesama sendiri. Sehubungan itu, YAB Perdana Menteri menegaskan agar semua pihak mengambil inisiatif untuk memastikan terdapatnya perpisahan antara Eksekutif, Legislatif dan Kehakiman supaya salah urus tadbir dapat diminimakan. Pemisahan ini amat penting kerana jika tidak ada check and balance seperti ini, maka tetap akan berlaku sesuatu yang tidak mengikut peraturan yang menjejaskan kecekapan pentadbiran kerajaan (Ucapan Perdana Menteri, 2018). Secara keseluruhannya, anggota perkhidmatan awam begitu teguh berpegang kepada disiplin moral dan etika perkhidmatan. Sektor perkhidmatan awam dalam situasi apa pun, masih sektor yang begitu utuh dan kebal, mempertahankan nilai diri daripada ancaman unsur perlakuan bertentangan prinsip integriti. Keyakinan masyarakat dan masyarakat antarabangsa terhadap keseriusan kerajaan hari ini dalam menangani permasalahan rasuah, integriti dan governans juga boleh dilihat dalam Kajian Persepsi Keberkesanan Tindakan Pencegahan Rasuah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Siri 13 tahun 2018 di mana Jawatankuasa ini dimaklumkan bahawa persepsi rakyat terhadap keseriusan kerajaan dalam perkara ini telah meningkat sebanyak 11% daripada 59.8% pada tahun 2016 kepada 70.8% pada tahun lalu. Malaysia juga mencatatkan peningkatan dalam indikator antarabangsa seperti yang berikut: (i) Edelsmann Trust Barometer Global – menunjukkan tahap kepercayaan rakyat kepada kerajaan meningkat kepada 60 pada tahun 2019 berbanding 46 pada tahun 2018; (ii) Asian Corporate Governance Association (ACGA) – Kedudukan Malaysia di dalam Corporate Governance Watch naik 3 anak tangga daripada tempat ke-7 pada tahun 2016 ke tangga ke-4 pada tahun 2018;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy