Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

261 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam etika kerja dan sifat integriti yang menyeluruh dan positif. Sehubungan itu, nilai dan budaya kerja penjawat awam semasa perlu dinilai semula supaya kualiti perkhidmatan yang akan dipamerkan oleh penjawat adalah setanding dengan nilai dan budaya kerja cemerlang penjawat awam di Jepun dan Korea yang perlu dicontohi, didokumentasi, dipromosi, diadaptasi, dikuatkuasa dan dipantau terhadap pegawai di sektor awam di negara ini. (c) Pengaruh Politik Pengaruh politik memberi kesan signifikan kepada jentera kerajaan sama ada di peringkat pusat, negeri dan kerajaan tempatan. Akibat daripada pengaruh politik ini, maka jentera pentadbiran awam tidak dapat berfungsi secara telus dan berkesan. Dalam situasi semasa, masyarakat mahukan pemimpin kerajaan, penjawat awam dan jentera perkhidmatan kerajaan secara keseluruhannya perlu sentiasa mengamalkan tadbir urus yang profesional. Amalan tadbir urus profesional mencakupi tiada penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan, tiada unsur rasuah dan sentiasa berpegang teguh kepada amalan nilai integriti yang tinggi serta memberi layanan yang adil, saksama dan sama rata kepada semua pihak (Utusan Malaysia, 2018). Berdasarkan perkembangan semasa, isu pengaruh politik ini berkisar kepada: (i) ketidaktelusan dalam perolehan kerajaan dengan menganugerahkan projek kepada kontraktor yang mempunyai hubung kait dan berkepentingan kepada pihak-pihak yang tertentu; (ii) pelantikan ahli mesyuarat dan juga ahli majlis ataupun keanggotaan sesuatu sekretariat kerana dipengaruhi oleh unsur-unsur berpuak/parti untuk memperoleh matlamat tertentu; (iii) tidak memberi keadilan kepada individu yang berpotensi dan berkeupayaan untuk melaksanakan tugas secara berkesan kerana pelantikan dipengaruhi oleh pihak tertentu (Utusan Malaysia, 2018).

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy