Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
260 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam penyampaian perkhidmatan yang lebih baik apabila menghayati budaya kerja yang ditetapkan oleh organisasi. YAB Perdana Menteri turut menekankan supaya perkhidmatan awam memberi fokus semula kepada Dasar Pandang ke Timur yang diperkenalkannya pada 1980-an semasa berucap pada Persidangan Antarabangsa Masa Depan Asia ke-24 di Jepun pada 11 dan 12 Jun 2018 (JPM, 2018). Dasar Pandang ke Timur merupakan dasar ekonomi yang dilancarkan pada 8 Februari 1982 semasa beliau menjadi Perdana Menteri keempat (JPA, 2018). Objektif utama Dasar Pandang Ke Timur ini ialah untuk meninggikan prestasi pengurusan dan pembangunan di negara ini serta mewujudkan golongan masyarakat Malaysia yang mempunyai nilai-nilai dan etika kerja yang positif untuk meninggikan kemajuan negara. Dasar ini bermaksud pihak kerajaan Malaysia dan swasta menjadikan negara Jepun dan Korea Selatan sebagai contoh etika bekerja (Berita Harian, 2018) Bidang tumpuan ialah kepada etika ( value ) dan budaya ( culture ) kerja masyarakat Jepun dan Korea dalam membangunkan negara. Fokus adalah terhadap perubahan struktur, perubahan sikap dan latihan dan kursus yang bersesuaian yang diadakan berterusan ( FreeMalaysiaToday, 2018). Perkara- perkara yang harus ditumpukan melalui dasar ini ialah 'kerajinan dan disiplin bekerja, kesetiaan kepada negara dan perusahaan atau perniagaan di mana pekerja bekerja, keutamaan kepada kumpulan dan tidak diri sendiri, tekanan daya pengeluaran ( productivity ) dan mutu yang tinggi ( quality ), peningkatan kecekapan, pengurangan perbezaan dan perpisahan antara eksekutif dan pekerja am sistem pengurusan yang menitikberatkan kejayaan jangka panjang dan tidak semata-mata peningkatan dividen atau pendapatan kakitangan dalam jangka pendek, dan lain-lain lagi yang dipercayai boleh menyumbangkan kepada kemajuan bagi negara kita. Budaya kerja yang unggul dan cemerlang menjadi asas kepada peningkatan dan kualiti produktiviti sesebuah organisasi. Pembentukan budaya kerja berkualiti hanya akan tercapai sekiranya warga organisasi mempraktikkan
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy