Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
259 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam juta orang turut membabitkan sektor pendidikan, pasukan keselamatan dan tenaga kerja kesihatan yang lazimnya tidak diambil kira sebagai kakitangan awam di negara-negara lain. Sekiranya ketiga-tiga sektor ini tidak diambil kira, ia hanya membabitkan sejumlah 616,718 kakitangan (setakat Mei 2018) ataupun nisbah 1:51 kepada rakyat Malaysia. (b) Budaya Kerja Budaya kerja organisasi merangkumi jangkaan, pengalaman, falsafah organisasi dan nilai yang mempengaruhi tingkah laku anggota dalam organisasi ( The Business Dictionary, 2018). Budaya ini terpamer melalui imej diri, cara bekerja dan berinteraksi di dalam dan di luar organisasi. Budaya kerja organisasi juga berasaskan sikap bersama, kepercayaan, adat resam, dan peraturan bertulis dan tidak bertulis yang telah diterima pakai daripada masa ke masa dan dianggap sah. Pernyataan di atas adalah selari dengan pandangan Needle (2004) dan Joanna O’riordan (2015) yang menyatakan budaya organisasi merupakan nilai sepunya, kepercayaan dan prinsip kolektif semua anggota dalam organisasi yang terhasil daripada faktor sejarah silam, bentuk perkhidmatan dan produk yang diberikan, perkembangan teknologi, strategi organisasi, gaya pengurusan dan budaya setempat yang ditetapkan oleh organisasi untuk mencapai matlamat yang disasarkan. Budaya kerja dalam organisasi adalah amat penting untuk memastikan pelaksanaan apa jua program serta matlamat dapat dicapai dengan baik dan beretika (UPM, 2018). Secara khusus, ianya menetapkan hala tuju dan membimbing warga organisasi dalam mengamalkan prinsip murni seperti bekerjasama, bersatu padu, berharmoni, berintegriti, bermoral dan beretika. Selain itu, budaya kerja berupaya meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama pelbagai sektor dalam usaha meningkatkan integriti yang pada akhirnya menjadi sebahagian daripada budaya organisasi yang boleh diamalkan (PIN, 2004). Ia juga menggalakkan semangat bertanggungjawab dalam kalangan warga organisasi supaya lebih menekankan prinsip integriti. Warga organisasi boleh menyumbang kepada
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy