Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

xxix Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam • Implementation of the promotion system should be carried out in accordance with the procedures and procedures established by the organization • Motivation and job performance will decline when the promotion fails to deliver within the specified time period • Job satisfaction is also defined as a state of emotional satisfaction that results from an employee's evaluation of their job • Positive job satisfaction means that employees are satisfied with the management of the promotion system practiced by the organization • Public servants are satisfied with the promotion system that organizations currently use Noor Idayu binti Mohd Surol Keberkesanan Pembangunan Projek Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) Di Putrajaya Terhadap Kesejahteraan Penduduk Setempat ABSTRAK Kajian ini merupakan satu kajian kes yang bertujuan untuk mengenal pasti tahap kepuasan pembeli terutamanya penjawat awam yang telah membeli dan memiliki rumah kediaman yang dibeli melalui program Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM). Kajian ini juga dapat melihat sejauh mana keberkesanan pembangunan PPAM di Putrajaya bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki rumah sendiri di kawasan bandar. Secara ringkas, kajian ini dilaksanakan melalui beberapa aspek seperti profil demografi, maklumat pemilikan rumah, persepsi terhadap rumah sendiri dan persepsi kawasan perumahan responden. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif untuk mengumpul data dan melibatkan beberapa penjawat awam yang telah membeli dan memiliki rumah PPAM di Putrajaya. Penggunaan model kajian iaitu Model Somekh (1989) dapat membantu dalam merancang langkah yang perlu supaya lebih teratur dan tersusun. Tujuannya adalah untuk mendapatkan gambaran semasa mengenai impak pembangunan PPAM terhadap kesejahteraan penjawat awam khususnya di Putrajaya. Kaedah persampelan yang digunakan adalah kaedah persampelan bertujuan, iaitu tumpuan diberikan ke atas penduduk di PPAM Palma, Larai, Selasih, Pudina, Melinjau dan Seruling iaitu PPAM yang telah melaksanakan proses penyerahan. Melalui kajian ini secara tidak langsung dapat mewujudkan persekitaran warga Putrajaya yang harmoni, bersatu-padu dan bekerjasama dalam aktiviti komuniti dan kemasyarakatan. Selain itu, dengan harga rumah yang dijual kepada penjawat awam adalah lebih rendah daripada harga pasaran/harga sebenar dapat memberi penjimatan kerana faktor subsidi yang diberikan kepada pembeli akan mendorong penjawat awam mengambil peluang membeli rumah di bawah program PPAM.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy