Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

xxviii Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam dapat membantu organisasi terutama agensi dalam sektor awam untuk lebih memahami kepentingan RPA seterusnya mengenalpasti proses-proses dalam yang boleh ditambahbaik bagi meningkatkan produktiviti dan seterusnya mutu perkhidmatan kepada pelanggan. POIN NYATA • RPA adalah perisian yang boleh mengotomatisasi business process berdasarkan peraturan yang melibatkan tugas rutin, data berstruktur dan hasil yang tepat • RPA adalah kombinasi daripada teknologi sistem autonomi, machine learning, AI dan robotik • Human interfention (interaksi manusia) adalah penting dan masih diperlukan melibatkan kes atau proses kerja yang perlu mengikut prosedur standard operasi (SOP) setiap organisasi • Pelaksanaan RPA dalam sektor awam masih belum dijalankan secara meluas Noor Fatasya Idla binti Abdullah Promotion System and Job Satisfaction: A Case Study on Federal Public Service in Malaysia ABSTRAK Penyelidikan ini adalah kajian kes yang meneroka hubungan antara sistem kenaikan pangkat dan kepuasan kerja di kalangan penjawat awam di jabatan persekutuan dan agensi di Malaysia. Kepuasan kerja membuka peluang kenaikan pangkat, beban kerja dan hubungan rakan sekerja dengan ketara mempengaruhi kepuasan kerja penjawat awam. Kajian ini juga mengesahkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan di antara kenaikan pangkat dan kepuasan kerja. Secara keseluruhannya, menunjukkan bahawa penjawat awam berpuas hati dalam melakukan pekerjaan, dan ini bermaksud peluang kenaikan pangkat, beban kerja dan hubungan dengan rakan sekerja perlu diberi pertimbangan yang sewajarnya kerana ianya ketara memberi kesan kepada tahap kepuasan kerja di kalangan penjawat awam. Sampel yang terlibat dalam kajian ini adalah pegawai kerajaan yang berkhidmat di jabatan dan agensi persekutuan. Kajian ini akan menyumbang pengetahuan melalui data empirikal yang diperoleh serta memperoleh pemahaman yang lebih baik mengenai hubungan antara sistem kenaikan pangkat dan tahap kepuasan kerja di kalangan penjawat awam persekutuan di Malaysia. Dari perspektif praktikal, penemuan kajian ini dapat digunakan oleh pembuat dasar, pengurus dan penyelidik yang berminat untuk meningkatkan dasar pengurusan sumber manusia dalam sektor awam di Malaysia. POIN NYATA • The promotion system affects the level of job satisfaction among employees within the organization • Promotion by the organization is a benefit in recognition of the satisfactory job performance shown by the employees

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy