Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
244 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam CADANGAN PENYELESIAN Pelan Strategik Kebolehpasaran Graduan Dalam usaha membantu siswazah mendapatkan pekerjaan, dicadangkan setiap universiti mewujudkan Pelan Strategik Kebolehpasaran Graduan sebagai proses persiapan dan persediaan mahasiswa menempuhi alam pekerjaan. Jabatan Pendidikan Tinggi sudah menyusun semula program akademik di institusi pengajian tinggi (IPT) bagi memperkasa pendidikan tinggi dan meningkatkan kebolehpasaran graduan rombakan turut bertujuan membantu siswazah B40 memasuki pasaran kerja itu, dilaksanakan menerusi lapan inisiatif. Inisiatif pertama, meningkatkan kemampuan graduan berkomunikasi lebih fasih dalam bahasa Inggeris menerusi Malaysian English Assessment (MEA), kaedah pentaksiran baharu bahasa itu mengikut skala Common European Frame Work of References for Languages (CEFR). Peluang mendapat pekerjaan adalah lebih tinggi dalam kalangan graduan bukan kumpulan B40 kerana kemampuan mereka berkomunikasi dalam bahasa Inggeris adalah lebih fasih. Untuk mengatasi masalah ini, Kementerian Pendidikan memulakan MEA, iaitu sebahagian daripada English Road Map dengan semua siswazah perlu sekurang-kurangnya berada pada tahap B2 CEFR. CEFR adalah skala menggambarkan tahap penguasaan dan kecekapan berbahasa Inggeris. Ia mengandungi enam tahap CEFR dan B2 adalah tahap keempat dengan pelajar dalam skala itu diklasifikasi independent user atau ‘pengguna bebas’ yang boleh berbahasa Inggeris dengan fasih. Inisiatif kedua adalah pembabitan lebih mendalam pihak industri dalam membentuk kurikulum dan program di universiti, selain dalam kaedah penyampaian pendidikan tinggi. Jika sebelum ini pihak industri hanya bertindak sebagai penasihat sesuatu program akademik, kini mereka juga terbabit dalam proses pengajaran dan mendedahkan pelajar kepada masalah
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy