Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

243 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Kajian yang dijalankan oleh International Employer Barometer (IEB) mengenai Kebolehpasaran Siswazah: Apa Yang Majikan Fikir Dan Mahu (2008) mendapati bahawa 86 peratus majikan menganggap bahawa kemahiran berkomunikasi dengan baik adalah sangat penting dan kebanyakan majikan kurang berpuas hati dengan cara para graduan mempersembahkan diri mereka dengan berkesan. Kajian ini melibatkan responden seramai 233 majikan yang mewakili 750,000 orang pekerja. Daripada jumlah majikan tersebut, 43 peratus merupakan syarikat kecil iaitu syarikat yang mempunyai kurang dari 100 orang pekerja manakala 27 peratus merupakan syarikat yang mempunyai pekerja antara 101 hingga 1,000 orang manakala 30 peratus lagi merupakan syarikat yang mempunyai pekerja melebihi 1,000 orang. Di samping itu, kemahiran insaniah ( soft skills ) seperti bekerja dalam kumpulan juga adalah sangat penting, malahan lebih penting dari kemahiran teras ( hard skills ) walaupun kemahiran menulis dan berkaitan nombor yang baik dianggap penting oleh hampir 70 peratus majikan. Kajian ini juga mendapati bahawa sebanyak 65 peratus majikan menyatakan bahawa memiliki pengalaman kerja professional di luar negara akan menjadikan graduan lebih mudah mendapatkan pekerjaan. Dari segi pengambilan pekerja pula, penggunaan media secara atas talian adalah kaedah yang paling kerap digunakan dengan 91 peratus majikan menyatakan bahawa mereka menggunakan kaedah tersebut dalam proses pengambilan pekerja mereka dan 94 peratus majikan menilainya sebagai kaedah yang sangat berkesan. Pihak Khazanah pula dalam kajiannya telah mengenal pasti lapan set kriteria yang menjadi keutamaan para majikan yang mana kebanyakan graduan masih gagal memenuhinya iaitu kemahiran komunikasi secara lisan dan bertulis, fleksibiliti dan mobiliti, keinginan untuk belajar, kemahiran persembahan, kelakuan yang proaktif, kemahiran interpersonal, kebolehan untuk mengeluarkan idea dan disiplin yang baik. Kemahiran insaniah (soft skills) seperti bekerja dalam kumpulan juga adalah sangat penting, malahan lebih penting dari kemahiran teras (hard skills)

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy