Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

241 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Permintaan dan penawaran graduan Pengangguran kini berlakunya disebabkan lebihan penawaran graduan berbanding pekerjaan yang sedia ada untuk mereka. Penawaraan graduan dari institusi pengajian tinggi awam dan swasta antara tahun 2001 hingga 2003, telah meningkat melebihi 60 peratus dalam tempoh tiga tahun sejak penggubalan Akta Pendidikan Tinggi Swasta 1996. Di samping itu, ekonomi telah bertumbuh secara lebih perlahan sejak tahun 2000 berbanding dekad sebelumnya kerana berlakunya kejutan dalam ekonomi makro. Proses Pencarian Kerja Peralihan dari alam persekolahan ke alam pekerjaan adalah proses yang mengambil masa kerana mencari padanan pekerjaan yang sesuai. Mereka akan mencari peluang pekerjaan melalui latihan yang diterima dan memenuhi aspirasi kerjaya dan jangkaan pendapatan mereka. Tempoh lama dan intensifnya pencarian mereka bergantung kepada banyak faktor seperti kepesatan pertumbuhan ekonomi di mana peluang pekerjaan adalah banyak yang akan memendekkan masa pencarian; faktor-faktor lain seperti ketidakcekapan perkhidmatan pekerjaan atau kesediaan sokongan pendapatan keluarga mungkin akan memanjangkan masa pencarian dengan menjadikannya lebih sukar untuk mendapatkan maklumat pekerjaan yang relevan. Keutamaan individu dan keluarga juga merupakan penyebab graduan secara sukarela kekal menganggur untuk mencari pekerjaan yang bersesuaian dan mereka sanggup menunggu untuk mendapatkan jawatan yang berstatus tinggi dalam sektor awam. Keutamaan individu dan keluarga juga merupakan penyebab graduan secara sukarela kekal menganggur untuk mencari pekerjaan yang bersesuaian

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy