Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
240 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam ISU PENGGANGURAN SISWAZAH Kajian yang dijalankan oleh pihak Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN), mendapati lima faktor yang menyebabkan graduan sukar untuk mendapatkan pekerjaan iaitu kekurangan kemahiran dan pengalaman kerja, ketidaksepadanan antara keperluan industri dengan bidang pengajian graduan, kurang keupayaan untuk berkomunikasi dengan baik terutamanya dalam Bahasa Inggeris, sikap negatif sesetengah graduan terhadap pekerjaan dan kurangnya kesedaran tentang kewujudan berbagai-bagai peluang pekerjaan. Laporan daripada The National Graduate Employability, Blueprint 2012-2017 menerangkan bahawa masalah yang paling kerap dikenal pasti oleh majikan terhadap graduan adalah lemah dalam penguasaan Bahasa Inggeris (55.8%), sikap dan personaliti yang lemah (37.4%), meminta gaji/faedah yang tidak realistik (33%), ketidaksepadanan kemahiran (30.2%), memilih kerja (27.7%), tidak berkemampuan untuk menyelesaikan masalah (25.9%) dan kurang pengetahuan yang mendalam (23.8%). Pengukuran ini adalah merupakan permintaan utama industri Generic Student Attribute (GSA) dan hal ini jelas menunjukkan bahawa kemahiran ini kurang didapati dalam kalangan graduan yang baru. Bank Dunia dalam kajiannya yang bertajuk “ Malaysia and the Knowlwdge Economy: Building a World-Class Higher Education System ” (2007) telah mengenalpasti tiga faktor utama yang menyumbang kepada pengangguran di kalangan graduan iaitu permintaan dan penawaran graduan, proses pencarian kerja dan ketidaksepadanan kemahiran. Tiga faktor utama yang menyumbang kepada pengangguran di kalangan graduan iaitu permintaan dan penawaran graduan, proses pencarian kerja dan ketidaksepadanan kemahiran
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy