Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

239 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Sebahagian besar siswazah yang berkelayakan bekerja dalam kategori mahir dengan sumbangan 73.8 peratus atau 2.9 juta orang, manakala kategori separuh mahir sebanyak 25.0 peratus dengan merekodkan 988,200 orang pada 2018. Berdasarkan taburan siswazah bekerja mengikut kegiatan ekonomi, lebih dari dua pertiga (79.9 peratus) tertumpu di sektor perkhidmatan. Jabatan Perangkaan Malaysia melaporkan pada suku pertama 2019, negara merekodkan seramai 516,600 penganggur. Pada masa sama, seramai 238,286 penganggur termasuk 174,327 siswazah, mendaftar sebagai pencari kerja aktif dengan JobsMalaysia di bawah Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Semenanjung. Keadaan pengangguran graduan di Malaysia agak membimbangkan berada pada kadar 10.8 peratus berbanding negara lain seperti Singapura (4.6 %); Thailand (5.9%) dan Vietnam (7.9%). ISTILAH PENGANGGUR Penganggur dikelaskan kepada dua kumpulan iaitu penganggur aktif dan penganggur tidak aktif. Penganggur aktif termasuk mereka yang tidak bekerja semasa minggu rujukan tetapi bersedia untuk bekerja dan aktif mencari pekerjaan dalam minggu tersebut. Penganggur tidak aktif adalah seperti berikut: a) mereka yang tidak mencari pekerjaan dalam minggu rujukan kerana percaya tidak terdapat pekerjaan atau pun tidak berkelayakan; b) mereka yang mungkin mencari pekerjaan jika tidak kerana sakit atau cuaca buruk; c) mereka yang menunggu jawapan permohonan pekerjaan; dan d) mereka yang telah mencari pekerjaan sebelum minggu rujukan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy