Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

238 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam SENARIO SEMASA Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) Tahun 2018 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati hampir 60 peratus siswazah peringkat pengajian Ijazah Pertama dan ke atas masih menganggur selepas setahun menamatkan pengajian mereka. Bilangan graduan belum bekerja selepas satu tahun tamat pengajian bagi peringkat pengajian Ijazah Pertama dan ke atas adalah 30,765 orang atau 59.9 peratus daripada 51,365 graduan yang belum bekerja. Data Jabatan Perangkaan Malaysia pada 2018 menunjukkan 4.96 juta siswazah atau 20.3 peratus daripada penduduk dalam usia bekerja di negara ini adalah terdiri daripada golongan siswazah. Kadar penyertaan tenaga buruh bagi siswazah ialah 83.6 peratus meliputi 4.15 juta orang dan daripada jumlah itu, 3.99 juta adalah siswazah bekerja, meningkat 8.2 peratus berbanding 3.69 juta pada 2017. Bilangan siswazah bekerja perempuan lebih tinggi berbanding lelaki pada 2018, yang merekodkan peratus sumbangan 50.4 peratus atau 2.01 juta orang. Dari segi kumpulan umur, sebahagian besar siswazah dalam kohort umur lebih muda iaitu 34 tahun ke bawah adalah perempuan, manakala siswazah bekerja dalam kohort umur lebih tua iaitu 35 tahun, dimonopoli golongan lelaki berumur 35 hingga 44 tahun, meliputi 51.8 peratus. Statistik baharu dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia bagi siswazah itu berpandukan kepada konsep dan definisi Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dan International Standard Classification of Education 2011. Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) Tahun 2018 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati hampir 60 peratus siswazah peringkat pengajian Ijazah Pertama dan ke atas masih menganggur selepas setahun menamatkan pengajian mereka

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy