Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

237 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam PENGENALAN Memiliki modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi adalah faktor terpenting bagi Malaysia untuk mentransformasikan ekonominya ke arah mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi. Pertambahan bilangan graduan sahaja tidak mencukupi tanpa melengkapkan mereka dengan kemahiran-kemahiran semasa yang diperlukan oleh pihak industri dan para majikan. Kementerian Pengajian Tinggi telah menggubal Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) FASA 2 (2011 - 2015) mengandungi tujuh teras utama iaitu meluaskan akses dan meningkatkan ekuiti, menambahbaik kualiti pengajaran dan pembelajaran, memperteguh penyelidikan dan inovasi, memperkasa institusi pengajian tinggi, mempergiat pengantarabangsaan, membudayakan pembelajaran sepanjang hayat dan mengukuhkan sistem penyampaian KPT. Rancangan Malaysia Kesebelas (2016-2020) Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015- 2025 (Pendidikan Tinggi) telah mensasarkan 80 peratus graduan mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas menamatkan pengajian. Perangkaan semasa kini menunjukkan terdapat 20 universiti awam, 37 universiti swasta yang bertaraf universiti serta empat kampus cawangan universiti luar negara yang sedang beroperasi di Malaysia, 36 Politeknik, 103 Kolej Komuniti Awam. Usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan telah diperkukuhkan lagi menerusi penubuhan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) untuk melaksanakan Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF) dan membangunkan sistem jaminan kualiti yang bersepadu. Memiliki modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi adalah faktor terpenting bagi Malaysia untuk mentransformasikan ekonominya ke arah mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy