Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

236 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Merungkai Isu Kebolehpasaran Siswazah Di Malaysia: Suatu Perspektif Mazlan bin Othman, M54 ABSTRAK Isu kebolehpasaran graduan mula dibangkitkan ekoran dari peningkatan kadar pengangguran di kalangan graduan tempatan kebelakangan ini. Masalah peningkatan kadar pengangguran di kalangan graduan di Malaysia tahun demi tahun bukan sahaja telah merugikan graduan, keluarga dan institusi pendidikan, malah ia boleh melumpuhkan ekonomi negara. Jabatan Perangkaan Malaysia melaporkan pada suku pertama 2019, negara merekodkan seramai 516,600 penganggur. Seramai 238,286 penganggur termasuk 174,327 siswazah, mendaftar sebagai pencari kerja aktif dengan JobsMalaysia di bawah Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Semenanjung. Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) Tahun 2018 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati hampir 60 peratus siswazah peringkat pengajian Ijazah Pertama dan ke atas masih menganggur selepas setahun menamatkan pengajian mereka. Dalam usaha membantu siswazah mendapatkan pekerjaan, setiap universiti perlu mewujudkan Pelan Strategik Kebolehpasaran Graduan sebagai proses persiapan dan persediaan mahasiswa menempuhi alam pekerjaan. Langkah ini diharap dapat mengurangkan isu graduan menggangur dan sekaligus memberikan impak yang postif terhadap pertumbuhan ekonomi negara.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy