Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

xxvii Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam dengan kedudukan sekarang. Justeru, pegawai awam perlu secara berterusan meningkatkan ilmu dan pengetahuan supaya kemahiran dan kecekapan yang ada dapat diasah dan diperkasakan. Cara kerja dan pemikiran juga perlu berubah dengan lebih pantas selari perubahan teknologi serta memenuhi ekspektasi pelanggan. Setiap agensi kerajaan perlu membantu warga kerja membangunkan bakat dan kompetensi secara berterusan. Kompetensi ini perlu diberi perhatian demi kelangsungan masa hadapan. Dalam konteks pegawai awam, kompetensi digital yang ingin dibangunkan sewajarkan berpandukan rangka kerja yang telah diperolehi dari kajian terdahulu. Untuk mengetahui tahap kompetensi digital pegawai awam, kajian dengan kaedah soal selidik berpandukan rangka kerja tersebut telah dilaksanakan secara rintis di lima (5) agensi, kajian seharusnya diteruskan lagi bagi semua kementerian dan agens-agensi dibawahnya untuk mendapatkan gambaran menyeluruh kompetensi digital pegawai awam masa kini. POIN NYATA • Dalam mendepani normal baharu teknologi, kemahiran dan keupayaan pendigitalan pegawai awam hendaklah diberi penekanan tentang pelbagai teknologi • Perlu menentukan bagaimana kompetensi digital pegawai awam ini boleh disesuaikan dengan keseluruhan pelan inisiatif Kerajaan melalui pembangunan program-program dan modul pembelajaran dengan mewujudkan pelan pelaksanaan yang terperinci Murniwati binti Mohamed Impak Penggunaaan Teknologi Automasi Proses Robotik (RPA) Kepada Business Process Organisasi ABSTRAK Dalam konteks Rovolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0) teknologi memainkan peranan utama dan amat pantas. Kemajuan teknologi ini membawa kepada penemuan tentang pelbagai teknologi baharu yang antara lain menggunakan automasi, analisis dan big data, simulasi, integrasi sistem, penggunaan robotik, cloud, Internet of Things (IoT) dan perkara yang seumpamanya. Teknologi bergerak begitu pantas dan memberi cabaran baru kepada negara kita dalam mencapai taraf negara maju serta kekal bersaing bersama-sama negara-negara asia yang lain seperti Singapura, Indonesia, Thailand dan Vietnam. Semua pihak perlu memainkan peranan bagi merealisasikan cabaran ini termasuklah melaksanakan transformasi digital sektor awam dan teknologi automasi seperti Proses Automasi Robotik (RPA) adalah merupakan transformasi digital IR 4.0. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti impak pelaksanaan teknologi RPA yang boleh mempercepatkan business process sedia ada serta meningkatkan produktiviti kerja dengan mengoptimumkan sumber manusia sedia ada dalam hubungan penggunaan automasi dengan prestasi kerja sesebuah organisasi. Analisis yang diberikan diharap

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy