Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

xxvi Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam selari dengan perubahan semasa seperti kemasukan Generasi Z ke alam pekerjaan dan kepesatan penggunaan teknologi maklumat terutamanya dengan kemunculan Revolusi Industri 4.0. POIN NYATA • Setiap seorang daripada kita memainkan pelbagai peranan dan fungsi dalam kehidupan seharian bagi memenuhi tanggungjawab sama ada sebagai pekerja, ketua keluarga, anak mahupun ahli masyarakat setempat • Kegagalan untuk mencatur kehidupan dengan betul akan memberi kesan yang negatif, seperti mengalami burn out dan boleh menjurus kepada stress yang melampau akibat kegagalan mengurus kehidupan dengan berkesan • Budaya kerja dalam tempoh masa yang panjang bukanlah satu budaya yang sihat dan perlu dielakkan • Pekerja yang merasakan mereka mengalami keseimbangan dalam kehidupan akan memberikan komitmen 21% lebih tinggi berbanding mereka yang tidak merasainya • 3K dapat melahirkan pekerja yang produktif, kreatif, setia dan bermotivasi tinggi • Pelaksanaan dasar 3K yang berkesan juga mampu mengekalkan bakat terbaik dalam sesebuah organisasi • Kebaikan 3K - memberi kebebasan kepada pekerjanya untuk memilih waktu bekerja yang sesuai dan fleksibel dengan jadual masing-masing - menggalakkan pekerjanya untuk bekerja dari rumah • Pegawai yang mempunyai anak-anak kurang upaya (OKU) dibenarkan menggunakan waktu bekerja biasa untuk menguruskan kebajikan dan keperluan anak-anak mereka • Kerajaan turut menyediakan pelbagai kemudahan cuti supaya pegawai dapat melapangkan masa untuk memenuhi tuntutan peribadi dan keluarga Muhaini binti Yahya Kajian Tahap Kompetensi Digital Pegawai Awam ABSTRAK Mendepani cabaran Industrial Revolution 4.0 (IR4.0), Internet Of Things (IOT) serta Artificial Intelligence (AI), kita perlu memiliki keupayaan untuk membina masyarakat termasuk pegawai awam berkompetensi yang pelbagai kecenderungan bakat, kalis masa hadapan (future proof), cekal dan sentiasa mempunyai daya adaptasi terhadap perubahan. Di mana kedudukan kita dalam perkembangan teknologi seperti ini? Apakah sudah bersiap sedia dengan kemahiran yang diperlukan? Jika alpa kerja kita akan diambil alih oleh mesin, robot dan komputer sepenuhnya satu hari kelak. Jadi, terserah kepada kita sebenarnya untuk memastikan sama ada masih kekal relevan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy