Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
219 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Lampiran 7: Kekangan pelaksanaan kerajaan terbuka Keinginan politik Bank Dunia (2013) dan OECD (2012) • kurangnya ketelusan • tahap kekaburan politik yang tinggi Open Government Partnership (2017) • tiada sokongan politik • pertukaran kerajaan yang tidak memihak kepada Kerajaan Terbuka • tiada kesedaran mengenai Kerajaan Terbuka oleh pemimpin negara • badan bukan kerajaan (NGO) enggan menyertai inisiatif Kerajaan Terbuka Masyarakat Bank Dunia (2013) dan OECD (2012) • sistem kebajikan dan pengurusan syarikat yang bersifat kekeluargaan Williamson & Eisen (2016) • peserta aktiviti sivik cenderung dari golongan yang lebih kaya, lebih berpendidikan, berstatus sosial yang lebih tinggi (mengikut kasta dan etnik), lelaki dan lebih berhubung secara politik daripada bukan peserta. Agensi Kerajaan Open Government Partnership (2017) • Bentuk komitmen - kurangnya atau tiada serahan atau milestones konkrit untuk memantau status pelaksanaan, atau perlunya satu komitmen untuk selesai dahulu sebelum komitmen lain dilaksanakan • Kerelevanan komitmen – pelaksanaan kerajaan terbuka bercanggah dengan undang-undang negara, atau dilaksanakan oleh agensi kerajaan lain, atau tidak boleh dilaksanakan di negara kerana contohnya, penembusan internet yang rendah atau penyimpanan rekod yang lemah • Institusi dan koordinasi pelaksanaan – tiada agensi kerajaan dilantik untuk melaksanakan Kerajaan Terbuka, atau agensi kerajaan yang dilantik tiada kuasa melaksanakannya, tiada koordinasi pelaksanaan • Kapasiti – tiada atau kekurangan sumber teknikal dan kewangan untuk melaksanakan Kerajaan Terbuka Bremers & Deleu, 2016 • salah tafsiran terhadap data terbuka dan konsep kerajaan terbuka (contoh: pandangan ringkas bahawa data terbuka alat untuk meningkatkan ketelusan kerajaan) di kalangan penjawat awam
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy