Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
218 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Lampiran 6: Persamaan dan Perbezaan pelaksanaan data terbuka, kerajaan terbuka dan kerajaan digital di Malaysia dan Australia Perbezaan Persamaan Data Terbuka - Komitmen pelaksanaan data terbuka di Australia dikukuhkan dengan deklarasi oleh Perdana Menterinya. Di Malaysia, hanya sekadar edaran pekeliling - Sesetengah data terbuka diterjemahkan dalam bentuk peta, data terbuka dalam bentuk data adalah terhad di Malaysia - Data boleh dimuatnaik oleh mana-mana agensi kerajaan dan swasta menggunakan toolkit yang disediakan. Di Malaysia, hanya agensi kerajaan yang boleh memuat data ke portal data.gov.my - Pelbagai inisiatif di Australia dilaksanakan untuk menggerakkan sektor swasta untuk menggunakan data terbuka. Di Malaysia, sesi engagement mula dilaksanakan pada tahun 2019 - Satu portal untuk mengakses data terbuka - Data terbuka mudah dimuat turun dan dilihat dalam format yang mudah - Pertandingan diadakan bagi menggalakan kaedah terbaik untuk menggunakan data terbuka - Laporan pelaksanaan data terbuka oleh pihak ketiga boleh diakses orang ramai Kerajaan Terbuka - Australia merupakan ahli Open Government Partnership, Malaysia telah memohon untuk menjadi ahli pada tahun 2018 - Pelan Tindakan Kerajaan Terbuka dwi-tahunan dilaksanakan dan status pelaksanaan dilaporkan dalam portal kerajaan Tiada; Sesetengah tindakan Malaysia menangani COVID-19 boleh diintepretasikan secara superfisialnya sebagai tindakan sebuah kerajaan terbuka Kerajaan Digital - Pengguna boleh menghubungi agensi kerajaan melalui pautan direktori ( https://www.directory.gov.au/) , dan untuk setiap pautan kepada agensi tersebut, pengguna boleh melihat jumlah staf bagi agensi tersebut, perbelanjaan agensi tersebut dan laporan tahunan agensi tersebut. Di Malaysia, perkhidmatan direktori tunggal bagi pengguna adalah melalui MyGCC dan Aplikasi MyGCC antaranya. Pengguna tidak boleh melihat jumlah staf bagi agensi, perbelanjaan agensi dan laporan tahunan agensi kerajaan di Malaysia. - Maklumat aplikasi kerajaan Australia disenaraikan dalam portal ini (https://info.australia.gov.au/news-and-social-media/apps) . - Portal rasmi kerajaan yang menawarkan pelbagai perkhidmatan dalam talian berpaksikan life-events - Inisiatif untuk beralih kepada e-Pembayaran bagi perkhidmatan kerajaan dan mengurangkan keperluan untuk pengguna hadir secara fizikal di kaunter - Akaun Single login untuk perkhidmatan kerajaan (myGov di Australia, akaun MyGovernment di Malaysia) - Latihan penjawat awam untuk beralih kepada kerajaan Digital (Latihan kepada penjawat awam sebagai salah satu strategi di bawah Strategi Transformasi Digital 2018—2025 di Australia, DGCCR di Malaysia)
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy