Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
214 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Lampiran 2: Inisiatif-inisiatif lain pengurusan data kerajaan di Australia Inisiatif-inisiatif lain Tujuan Australian Data and Digital Council (https://www.pmc.gov.au/public-data/australian- data-and-digital-council) Ditubuhkan pada September 2018 untuk memudahkan dan memacu kerjasama antara kerajaan yang lebih baik dalam transformasi data dan digital, dan untuk mewujudkan perkhidmatan dan hasil dasar yang lebih baik untuk semua warga Australia. Central Analytics Hub (https://www.pmc.gov.au/public-data/central- analytics-hub) Unit di Jabatan Perdana Menteri dan Kabinet yang mengetuai projek analisis menggunakan data Kerajaan Australia. Data bersepadu digunakan untuk menghasilkan pandangan mengenai persoalan dasar yang kompleks dalam bidang keutamaan kerajaan. Ini termasuk projek-projek yang menjurus kepada isu-isu dasar keutamaan kerajaan, pengembangan dasar dan proses kerajaan yang lain. Data Integration Partnership for Australia (https://www.pmc.gov.au/public-data/data- integration-partnership-australia ) Pelaburan $130.8 juta bagi kolaborasi antara agensi kerajaan untuk memaksimakan penggunaan dan nilai data kerajaan bermula 1 Julai 2017 bagi mendapatkan pandangan baru mengenai persoalan dasar yang penting dan kompleks melalui penyatuan dan analisis data. Geocoded National Address Data (https://data.gov.au/data/dataset/19432f89- dc3a-4ef3-b943-5326ef1dbecc) Membolehkan orang awam untuk mengakses 13 juta rekod alamat fizikal. Data tersebut digunakan antaranya untuk perancangan dan analisis perniagaan, logistik dan perancangan perkhidmatan kecemasan, serta tindak balas bencana navigasi dan pemetaan peribadi. Graduate Data Network (https://www.pmc.gov.au/public-data/graduate- data-network-0) Memberi peluang kepada graduan untuk menyokong penggunaan data, analisis, bagi mendorong hasil penyampaian dasar, program dan korporat yang lebih besar untuk kepentingan rakyat Australia. DataStart (https://datastart.com.au/) Kerjasama awam-swasta memberi peluang baru kepada syarikat teknologi Australia untuk menggunakan data kerajaan terbuka dengan cara yang inovatif Government Business Analytical Unit (https://www.pmc.gov.au/public-data/data- integration-partnership-australia/government- business-analytical-unit-gbau ) Memberi tumpuan untuk mencipta kecekapan dan mengurangkan pertindihan dalam mengumpulkan, membuat dan menganalisis data perniagaan kerajaan.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy