Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

209 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Operasi kerajaan tidak boleh kembali seperti biasa. Kaedah penyampaian perkhidmatan awam tradisional seperti perkhidmatan kaunter dan birokrasi yang memerlukan kehadiran fizikal di pejabat telah dicabar oleh bencana seperti COVID-19. Pengenalan langkah-langkah darurat, dan sekatan yang dikenakan kepada pergerakan orang ramai bagi membendung penularan COVID-19 bermakna pegawai kerajaan tidak boleh membuat rakyat untuk berjumpa dengannya untuk mendapatkan perkhidmatan awam. Situasi ini memerlukan pegawai kerajaan untuk menyampaikan perkhidmatan awam di hujung jari rakyat, dan tidak memerlukan rakyat untuk pergi ke premis kerajaan untuk mendapatkan perkhidmatan kerajaan. Ini bermakna terdapat keperluan untuk mempercepatkan pelaksanaan kerajaan digital, samada melalui penambahbaikan proses kerja di belakang tadbir mahupun di barisan hadapan, agar penyampaian perkhidmatan boleh menjadi lebih cepat, sampai kepada rakyat, efisien dan telus di mata rakyat. Penularan berita palsu di media sosial juga boleh dibanteras dengan keterbukaan kerajaan. Apabila kerajaan mula menjadi lebih terbuka, rakyat boleh menjadi lebih yakin bahawa setiap wang yang dibelanjakan untuk aset dan pegawai kerajaan adalah digunakan untuk tujuan yang baik kepada rakyat, terutamanya dalam menangani bencana seperti COVID-19. Keterbukaan kerajaan dalam data terkini, seperti data COVID-19, juga membolehkan sektor swasta dan orang awam untuk mengintepretasikan data yang dikongsikan dalam bentuk yang lebih bermakna dan memberi manfaat kepada rakyat dari segi pemahaman penularan COVID-19, seperti yang dilihat dalam laman web outbreak.my . Hasilnya, rakyat Malaysia sangat mempercayai kerajaannya sehingga ditempatkan di tangga ke-empat masyarakat yang paling mempercayai kerajaannya dalam menangani COVID-19 dalam kajian IQI Global Group. Dalam hal ini, wakil rakyat dan pegawai kerajaan perlu melihat situasi ini sebagai salah satu manfaat pelaksanaan kerajaan terbuka Penularan berita palsu di media sosial juga boleh dibanteras dengan keterbukaan kerajaan Rakyat Malaysia sangat mempercayai kerajaannya sehingga ditempatkan di tangga ke-empat masyarakat yang paling mempercayai kerajaannya dalam menangani COVID-19

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy