Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

208 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Cadangan Penambahbaikan Bagaimana cadangan penambahbaikan menjurus kepada kerajaan terbuka kepada status permohonan Malaysia dalam Open Government Partnership dan organisasi- organisasi Kerajaan Terbuka lain persetujuan ketua-ketua agensi kerajaan dan ahli parlimen. Pelaksanaan Pelan Tindakan Kerajaan Terbuka, seperti di Australia, boleh menyebut agensi kerajaan mana yang bertanggungjawab melaksanakan inisiatif-inisiatif kerajaan terbuka. Kerajaan Digital • Penerbitan jumlah staf bagi agensi tersebut, perbelanjaan agensi tersebut dan laporan tahunan agensi tersebut* • Menyenaraikan aplikasi kerajaan Malaysia dalam portal • Menyenaraikan perkhidmatan yang boleh digunakan untuk akaun MyGovernment • Menggalakkan pengguna MyGovernment untuk terlibat dengan e-Penyertaan seperti penetapan belanjawan bagi sesuatu program atau dasar Pelaksanaan penambahbaikan ini boleh menjurus kepada peningkatan penyertaan masyarakat, peningkatan kepercayaan kepada kerajaan, penjawat awam dan wakil rakyat yang dipilih, serta meningkatkan persepsi ketelusan kerajaan dikalangan rakyat. * cadangan yang selari dengan cadangan dari Bremers & Deleu (2016 ) KESIMPULAN Pelaksanaan data terbuka dan kerajaan digital di Malaysia menyaksikan kerajaan mempunyai platform untuk menunjukkan keupayaannya untuk menjadi telus dan berkhidmat kepada rakyat dalam kaedah yang lebih cepat dan berkesan. Walaupun kajian ini tidak meneroka dengan lebih mendalam pelaksanaan data terbuka, kerajaan terbuka dan kerajaan digital di Malaysia (seperti sesi libat urus dengan pelaksana data terbuka dan kerajaan digital), namun kajian perbandingan yang bersifat superfisial ini, seperti di Lampiran 9 , tetap menunjukkan bahawa penambahbaikan masih perlu dilakukan di Malaysia untuk menjadi kerajaan yang lebih terbuka. Penambahbaikan ini menjadi lebih penting apabila bencana seperti COVID-19 memerlukan kerajaan untuk meningkatkan ketelusan, keterlibatan dan kolaborasi bagi memastikan kepercayaan rakyatnya dikekalkan atau ditingkatkan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy