Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

207 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam kepentingan konstituen mereka. Sebaliknya, ketelusan tidak menggalakan penggubal undang-undang ini untuk melibatkan diri dengan aktiviti yang boleh ditafsir sebagai anti-pemerintah. Bremers dan Deleu (2016) juga menyebut bahawa salah tafsiran terhadap data terbuka dan konsep kerajaan terbuka (contoh: pandangan ringkas bahawa data terbuka merpakan satu-satumya alat untuk meningkatkan ketelusan kerajaan) di kalangan penjawat awam juga merupakan penghalang pelaksanaan kerajaan terbuka. Daripada penelitian ini, hasil kajian yang dibuat boleh diklusterkan seperti Lampiran 7 . Berdasarkan perkembangan data terbuka dan kerajaan digital di Malaysia, ini bermakna sekiranya kerajaan terbuka hendak dilaksanakan, maka Malaysia perlu memenuhi beberapa prasyarat terlebih dahulu, seperti di Jadual 6 . Jadual 6: Bagaimana cadangan penambahbaikan boleh menjurus kepada kerajaan terbuka Cadangan Penambahbaikan Bagaimana cadangan penambahbaikan menjurus kepada kerajaan terbuka Data Terbuka • Sesetengah data terbuka diterjemahkan dalam bentuk peta, dan bentuk yang lebih mudah difahami untuk pengguna* • Sumbangan data terbuka dibuka kepada pihak swasta menggunakan toolkit data terbuka • Menggiatkan usaha melibatkan sektor swasta untuk menyumbang idea kepada pelaksanaan data terbuka seperti pembangunan aplikasi data terbuka dan pembangunan perkhidmatan komersil* Penambahbaikan ini boleh membantu menyebarluaskan penggunaan data terbuka kerajaan dan tidak terhad kepada golongan yang lebih kaya, lebih berpendidikan, berstatus sosial yang lebih tinggi (mengikut kasta dan etnik), lelaki dan lebih berhubung secara politik. Penambahbaikan ini juga boleh meningkatkan penglibatan sektor swasta dalam data terbuka dan memecah silo sektor awam-sektor swasta. Kerajaan Terbuka • Akta/Dasar Kerajaan Terbuka • Pelan Tindakan Kerajaan Terbuka dwi-tahunan dilaksanakan dan status pelaksanaan dilaporkan dalam portal kerajaan, tertakluk Pelaksanaan akta/dasar kerajaan terbuka boleh membantu dalam mengukuhkan komitmen kerajaan dalam pelaksanaan kerajaan terbuka, bergantung kepada

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy