Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam
206 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Selain itu, satu analisis oleh Open Government Partnership (Falla, 2017), iaitu pertubuhan yang terdiri daripada kerajaan-kerajaan yang komited melaksanakan Kerajaan Terbuka, mendapati bahawa hanya sepertiga daripada ahlinya mampu memenuhi komitmen Kerajaan Terbuka pada akhir tempoh pelan strategik Kerajaan Terbuka mereka. Ini kerana terdapat beberapa faktor yang menyukarkan pelaksanaan Kerajaan Terbuka di kalangan ahli-ahlinya: 1. Bentuk komitmen – kurangnya atau tiada serahan atau milestones konkrit untuk memantau status pelaksanaan, atau perlunya satu komitmen untuk selesai dahulu sebelum komitmen lain dilaksanakan; 2. Kerelevanan komitmen – pelaksanaan kerajaan terbuka bercanggah dengan undang-undang negara, atau dilaksanakan oleh agensi kerajaan lain, atau tidak boleh dilaksanakan di negara kerana contohnya, penembusan internet yang rendah atau penyimpanan rekod yang lemah; 3. Institusi dan koordinasi pelaksanaan – tiada agensi kerajaan dilantik untuk melaksanakan Kerajaan Terbuka, atau agensi kerajaan yang dilantik tiada kuasa melaksanakannya, tiada koordinasi pelaksanaan 4. Kapasiti – tiada atau kekurangan sumber teknikal dan kewangan untuk melaksanakan Kerajaan Terbuka 5. Sokongan politik dan transisi – tiada sokongan politik, pertukaran kerajaan yang tidak memihak kepada Kerajaan Terbuka, tiada kesedaran mengenai Kerajaan Terbuka oleh pemimpin negara, atau badan bukan kerajaan (NGO) enggan menyertai inisiatif Kerajaan Terbuka. Williamson dan Eisen (2016) juga menerangkan bahawa peserta aktiviti sivik terdiri daripada golongan yang lebih kaya, lebih berpendidikan, berstatus sosial tinggi (mengikut kasta dan etnik), lelaki dan lebih berhubung secara politik daripada bukan peserta. Oleh itu, penelitian proses pentadbiran kerajaan lebih cenderung jatuh ke atas tangan mereka yang sudah berkuasa. Sebagai contoh, di Vietnam, peningkatan keterlihatan tingkah laku penggubal undang-undang tidak menguatkan semangat mereka untuk mewakili
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy