Varia Ranah - Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam

205 Varia Ranah: Sorotan Ilmiah Perkhidmatan Awam Daripada kajian, didapati bahawa Malaysia boleh melaksanakan Kerajaan Terbuka secara superfisialnya. Pelaksanaan data terbuka dan kerajaan digital boleh menjadi pemangkin kepada kerajaan Malaysia yang lebih terbuka, dengan syarat penambahbaikan tersebut boleh dilaksanakan selaras dengan rekomendasi Williamson & Eisen (2016). Tetapi menurut Bank Dunia (Muente-Kunigami, 2012), walaupun idea data terbuka mungkin membolehkan sesebuah kerajaan untuk menjadi sebuah kerajaan terbuka, hanya sekadar menerbitkan data seperti maklumat bancian sosio-ekonomi, data pergerakan trafik, dan jadual bas tidak menjadikan sesebuah kerajaan itu kerajaan terbuka. Beberapa kekangan pelaksanaan kerajaan terbuka perlu diatasi terlebih dahulu. Kekangan pelaksanaan Terdapat pelbagai kajian, seperti yang dilaksanakan oleh OECD dan Kesatuan Eropah dalam mengenalpasti kekangan dalam melaksanakan Kerajaan Terbuka di sesebuah negara, terutamanya negara yang kerap digelar sebagai negara demokratik dan maju. Contohnya, pelaksanaan Kerajaan Terbuka di negara Eropah Selatan adalah kurang berbanding ahli OECD lain (Reale, 2014). Berdasarkan analisis Bank Dunia (2013) dan OECD (2012), ini adalah kerana: 1. sistem kebajikan dan pengurusan syarikat yang bersifat kekeluargaan; 2. sistem ekonomi yang lebih berfokuskan sektor produktiviti rendah seperti pelancongan, pertanian dan pembuatan, dan kurang focus dalam sektor ICT; 3. kurangnya ketelusan; dan 4. tahap kekaburan politik yang tinggi di kawasan-kawasan ini. Hanya sekadar menerbitkan data seperti maklumat bancian sosio-ekonomi, data pergerakan trafik, dan jadual bas tidak menjadikan sesebuah kerajaan itu kerajaan terbuka

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy